part paaaalingg ditunggu-tunggu, part paaaling ramaiiiyang tanya. korang jangan ingat aku nak show off pulak. kejadah sangattt kalau aku nak show off setakat bercuti 4 hari 3 malam dan tido dekat Malaysia Hall yang mana antara penginapan paaaaaling murah je dalam Sydney. mihmihmih :p semoga semua perkongsian ni memudahkan korang membajet berapa yang perlu korang sediakan kalau contohnya korang nak pegi bercuti ke Sydney secara murah macam kitorang ni. :) janji, asal dapat kenal tempat orang dahhh. kuikuikui :P
untuk ke Australia, tak kesah mana-mana part, korang wajibbbbb ada visa. korang boleh tengok entry Visa ke Australia yang aku pernah buat sebelum ni. peruntukan untuk visa adalah RM140.
nak pegi Sydney dah tentu-tentu kena beli tiket kapal terbang kannnn. kalau rasa poket tak berapa tebal tapi bajet macam orang kaya nak keluar negara, kitorang laa tuewww :p sila baca entry aku Harga tiket flight ke Sydney, Australia.peruntukan untuk tiket kapal terbang adalah RM5409.
Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Sydney korang boleh tengok entry ni, Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 1dan peruntukan untuk hari pertama adalah RM 3312.00.
Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Sydney korang boleh tengok entry ni, Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 2 dan peruntukan untuk hari kedua adalah RM 1048.48.
Jumlah perbelanjaan untuk hari ketiga di Sydney korang boleh tengok entry ni, Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 dan peruntukan untuk hari ketiga adalah RM2346.05.
Jumlah perbelanjaan untuk hari keempat di Sydney korang boleh tengok entry ni, Pengalaman bercuti ke Sydney, Australia - Day 4 dan peruntukan untuk hari keempat adalah RM158.00.
Total keseluruhan 4 hari 3 malam di Sydney, Australia adalah,
# visa ke australia: RM 140.00
# tiket flight: RM 5409.00
# perbelanjaan untuk hari pertama di Sydney: RM 3312.00
# perbelanjaan untuk hari kedua di Sydney: RM 1048.48
# perbelanjaan untuk hari ketiga di Sydney: RM 2346.05
# perbelanjaan untuk hari keempat di Sydney: RM158
_______________________________________________
TOTAL: RM 12,413.53
nahhh, aku rasa cukup details dah ni aku bagi. nanti pepandai la korang bajet sendiri eh berapa korang nak bawak atau berapa korang kena sediakan untuk ke Sydney. mahal murah sendiri tepuk poket sendiri jawab. hewhewheww :p legaaa gileee semuaa entry Sydney dah settle yeayyyy. kenapa kena settlekan cepat-cepat? sebab minggu depan nak pegi honeymoon lagi yeayyyy yeayy yeayy sambil gelek-gelek bontot. :))