Quantcast
Channel: ! nama saya nadia !
Viewing all articles
Browse latest Browse all 273

jumlah sumbangan terkumpul

$
0
0
korang layak and korang berhak tau. 



korang nampak kan, ni akaun yang aku guna untuk kutip sumbangan untuk anak yatim.Alhamdulillah, aku tak tau nak ucap apa, terharu ada, bersyukur ada, sebab aku percaya, bantuan korang sangatttt berharga untuk mereka. terima kasih sangat-sangat sebab sudi tolong aku sama-sama cari sumbangan untuk anak-anak yatim ni. entry korang dekat blog, share korang dekat facebook, hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian. T__T aku janji, aku akan mintak tolong anak-anak yatim ni doakan untuk kita semua ye. semoga korang dilimpahkan rezeki berganda-ganda, bahagia dunia dan akhirat, aminn. 

sape cakap aku tak takut pegang duit orang?heyyyyy aku takuttt babe. duit orang, amanat orang. (-__-)' tapi korang jangan risau, aku tau korang layak tahu. korang berhak sebab ni semua sumbangan kalian, jadi aku akan usaha untuk update tentang tabung anak yatim ni sekerap mungkin. tolong jangan jemu eh. :) setakat saat ni, pukul 6:30 pagi, jumlah kutipan terkumpul adalah RM294.00. korang boleh semak dekat picture bank statement dekat atas ni ye. yang ada aku potong bukan duit sumbangan tu, duit adik aku. bukan aku memandai potong sesuka hati. (x__x) risaunyaaaa Ya Allah, aku palinggg takut orang cakap aku songlap duit orang. sumpah lillahi, seumur aku hidup, aku tak buat kerja-kerja macam tu. T__T aku tak paksa korang untuk percaya aku, tapi aku boleh janji, aku akan jaga duit korang sebaik mungkin dan serahkan sepenuhnya pada mereka yang selayaknya. aku janji. :)) sekian, yang baru nak tidur, selamat malam korang yang baik hati, semoga awak semua terusss diberkati. :))



Viewing all articles
Browse latest Browse all 273