Quantcast
Channel: ! nama saya nadia !
Viewing all articles
Browse latest Browse all 273

Tips ke Bandung

$
0
0





huwaaaaaaaa, jangan la tanya titewww pasal bandung lagiiii. T___T titeww tak tahannn. setiap kali orang tanya pasal bandung, titeww rasa macam tahap air ketuban nak pecah. walaupun titewww tak pernah beranak, tapi titeww main rasa jeewww. kohkohkoh. very the syurga shopping. very the very. haaa nampak tak pengulangan perkataan very tu. feeling dia tahap sangap tahu takkk. amek kawwww. kohkohkoh. 

moh la aku share seberapa banyak tips yang aku ingat sepanjang persediaan sebelum dan semasa di bandung berdasarkan pengalaman aku.

1. HOTEL.
untuk memudahkan kerja, better book hotel siap-siap sebelum pegi. aku ponnn. aku book online and bayar siap-siap. settle bahagian hotel.  aku stay dekat Amaris Hotel Cihampelas. rate harga lebih kurang RM120 semalam.


2. PERTUKARAN WANG.
berdasarkan pengalaman aku, aku tukar semua duit siap-siap sebelum pergi. aku tukar RM2000 je. masa mula-mula, cukupp kottttt rasanya. takyah bawak bawak banyak-banyak la. lagi banyak bawak, lagi banyak habis. RM2000 kita dapat 5,760,000 RP duit dia. banyak kan? bunyiiii je jutaaa. padahal, RM2000 je. (x____x) kuikuikui. walaupun dah bawak duit 5 juta dorang tu dalam wallet, tapi spare la jugak kan duit mesia kita sekeping dua. berdasarkan pengalaman aku, RM2000 tu hari pertama je dah habis. ngeri kan. T__T shopping sampai lupa daratan. mana cukupppp RM2000 untuk 4 hari 3 malam. T____T seriussss. nak tak nak, aku kena keluarkan duit dekat mesin ATM dorang. 

3. CARA KIRA BEZA DUIT INDON DENGAN DUIT KITA.
1 juta dorang= RM350 duit kita. tak kesahhh berapa pon duit dorang, kaw nak tau duit kita berapa, kaw bahagi dengan 2880. dapat anggaran kasar. contohnya, 4 meter kain cotton adalah 175000RP. nak tau berapa dalam RM, 

175000RP/2880= RM60.7638888

anggaran kasar adalah RM60. faham? senang kannn. tak perlu buat list satu-satu berderet berapa duit dia, berapa duit kita. setiap kali nak beli, tekan calculator hp je. duit dia, bahagi 2880, dapat duit kita. clear? :)
  
4. AKTIFKAN PENGELUARAN ANTARABANGSA.
kalau kaw bukan spesis kad kredit macam aku, silaaaaaaaa aktifkan kad bank korang kepada pengeluaran antarabangsa. dua tiga hari sebelum fly, sila tepon customer service bank masing-masing. nombor telefon customer service ade dekat belakang kad bank korang. contohnya macam kes aku, aku aktifkan kat MAYBANK. dua hari sebelum fly, call dorang cakap nak aktifkan pengeluaran antarabangsa. nanti staff bank tu akan tanya negara mana, bila nak mula aktifkan dan bila nak tamatkan. suruh dia aktifkan ikut tarikh korang pergi dan tarikh korang balik. dekat bandung ada MAYBANK tapi dorang tak panggil MAYBANK. dorang panggil MI BII. nak aktifkan pengeluaran antarabangsa ni tak perlu bayar ape-ape. kenapa aku suruh aktifkan? sebab takut nanti dekat sana, tak cukup duit, kaw nak cekaw celah mana? :p lain la kalau ada kredit kad nak swapkannn. aku tak pakai kredit kad. orang kampung babe. tak minat kredit kad kredit kad bagai ni. hewheww. :P


5. SIMCARD. 
simcard palinggggggggg murah kadar panggilan ke mesia adalah simpati.


call ke malaysia sangatt murah dan line dia very the clear. tak rasa macam duduk negara lain-lain pun. sekeping simcard ni RM3.50 je. nanti masa beli, jangan lupa suruh orang kedai tu topup siap-siap. topup 50,000RP adalah ngam-ngam. siap terlebih sikit. topup 50,000RP ni aku guna untuk 4 hari 3 malam, setiap hari call lebih 5 kali. seriusssss.
 
6. UBAT.
kalau kaw spesis senang sakit, tak kesah demam ke, sakit kepala ke, aku sangatttt mengesyorkan kaw bawak segala mak nenek ubat-ubatan dari sini siap-siap. sebab, belum tentu ubat dia dengan badan kaw boleh serasi. kan?
  
7. TEKSI. 
teksi palingg di syorkan adalah blue bird. sebab dia bermeter, jadi risiko nak kena tipu tu kurangg. selain blue bird, nak guna teksi biasa pon boleh. range harga teksi untuk 12 jam adalah 350,000RP.


8. PERBEZAAN MASA.  
masa dorang lambat 1 jam dari kita. heavennnn. :P boleh bangun lambatt sebab, pukul 8 pagi kita adalah baruuu pukul 7 dorang. sambung tdo balik. kuikuikui.

9. TAX.
asingkan 75,000RP siap-siap untuk bayar tax time balik dekat airport. setiap sorang memang dia caj 75,000RP per head. 

10. TEMPAT WAJIBBBB PERGI. 
ni berdasarkan pengalaman aku la. ade je beberapa lagi tempat wajib pegi aku tak pegi. tak sempattt. 4 hari je tak cukup babe. :P untuk shopping, 
- pasar baru 14 kali pergi pon xpe!
- factory outlet dekat jalan dago
- factory outlet dekat jalan riau.
- rumah mode.
- cihampelas walk.

untuk makan-makan, 
- masakan padang yang lauk ada berpuluh-puluh jenis tu.
- wajib beli brownies dekat kartika sari. 
- kerepek pisang dekat pasar baru. *tolong beli untuk aku sekali pehlisss ;)
- wajib cuba ikan gurame bakar. kaw tau ikan gurame ni ikan ape sebenarnya? ikan kaloi je pon. kehkehkeh. aku sampai sudah tak makan ikan gurame ni. rasa macam kesiannya nak makan ikan kaloi. teringat cite bawang putih bawang merah, mak dia kena sumpah jadi ikan kaloi. sampai sudah aku tak sanggup makan. seriusss. imaginasi overdose, aku pon tak paham. HAHA :P
 
   
untuk kenang-kenangan, tangkuban perahu. 
ni tempat gunung berapi. kalau pergi bandung tak pergi tengok gunung berapi tak sahhhhh. :p tempat gunung berapi terbahagi kepada tiga. kawah ratu, kawah domas dan kawah putih. aku sempat pegi kawah ratu dengan kawas domas je. kawah putih tak pegi sebab tak tau. balik baru tau. :P

kawah ratu adalah kawah paling besar. tak perlu jalan kaki nak tengok kawah ni. boleh naik dengan kereta terus sampai keatas. tak perlu bayar ape-ape.


  
kawah domas kaw kena jalan kaki naik bukit turun bukit naik tangga turun tangga lebih kurang setengah jam. T__T tapi kaw boleh tengok indahnyaaa ciptaan Allah. bayaran masuk kawah domas adalah RM86. tak kesah ramai mana yang masuk, dia kira RM86 per entry. tapii, dia kira per hour. jam kedua kena tambah RM86. yang ni aku hanginnn. mana aku tau jarak dari pintu masuk ke kawah tu boleh tahan jauh sebab pemandu pelancong tu kata dekat je dekat je. haaaa amek kaw. setengah jam pegi, setengah jam balik. dah 1 jam kan. dekat sane duduk duduk amek gambar, kena tipu dengan penjual, satu jam lagi! total untuk masuk kawah domas je 2 jam adalah RM86x2: RM172.




dorang cakap, batang pokok ni macam rupa seekor monyet. nak nak di bahagian kepala dia.
 




haaa, aku cakap terus terang dengan korang. tolongggg take note. ni palinggggg penting. sumpah aku stresss. kaw nampak berapa ramai dalam gambar ni? aku pegi bertiga je kan. aku, syafiq dengan adik aku. setiap kali nak masuk, akan ada seorang pemandu pelancong akan ikut sekali untuk menjaga keselamatan para pelancong. ok ni xpe. 

tapiiiiii, bukan takat pemandu pelancong je yang ikut sekaliii naik atas sana. penjual pon ikut sekaliii! kalau kaw pergi bertiga, penjual akan ada 4 orang. kalau kaw perli berlima, penjual akan ada 6 orang. heyyy nak marah. dia tak bagitau awal-awal kan dia nak jual ke ape ke. dia kata dia memang kena ikut setiap pelancong. fine. sepanjang perjalanan pergi, dorang semua akan tatang kaw macam minyak yang penuhhhh. tolong bawak air, tolong bawak barang, tolong ape-ape je la yang dorang rasa nak tolong. bila sampai dekat kawah, dia akan cakap dia akan tolong massage. free je. massage urut-urut guna tanah gunung berapi tu. wahhhh, dah sah-sah sebagai pelancong kita akan rasa dihargai kannnnn. 

tapi sumpah silapppp. sambil-sambil dia massage tu la dia akan pujuk rayu kaw sampai kaw tak boleh buat ape-ape dah. langsung tak boleh. dia akan pujuk kaw beli segala jenis barang yang dia jual. barang simple-simple je, dekat pasar baru belambak murah-murah tapiiii, sungguh memang tak dapat elak. aku pon tak tau kenapa. setiap sorang peniaga akan jual 1 barang. selagi kaw tak beli, dia takkan pegi. wallahi aku tak tipu. dia akan ungkit abiss. kesian saya kak. anak saya dekat rumah kecik lagi. saya boleh naik sini ikut pelancong sekali je seminggu. saya dah tolong bawak barang kakak, saya dah tolong urut kaki kakak. haaaaa, aku stress berganda-ganda dah time ni. 

kaw bayangkan, sorang jual tasbih. fine aku beli sebab aku dah tahap bosan kena pujuk rayu. aku pk xpe la tasbih dari batu gunung berapi, boleh bagi mama dengan ibu. beli dua, TOTAL: 450,000RP. siap bayar dia terus blaaa babe. yang sorang lagi datang, merayu tahap melutut segala mak nenek. dia jual gelang dari gunung berapi. aku taknak taknak taknak, dia paksaaaa jugak beli. aku dah geram, baik. aku bayar. 800,000RP. dapat duit terus bai kak saya pulang dulu. heyy mati aku macam ni. aku dah angkat bontot nak gerak balik. lagi dua ekor penjual ni ikuttt kemana je bontot aku gerak. paksa beli. dia punya tahap paksa tu memang kaw takleh buat apa-apa. nak gaduh lawan-lawan kampung dia tu babe. dia bunuh kitorang bertiga dalam hutan tu mati tak jumpa mak ayah aku cari. T__T 

haa tinggal lagi dua ekor kan. yang sorang ni datang, paksa beli kayu yang dia ukir bentuk harimau. kayu tu memang asli dari pokok situ, ada corak-corak unik. aku cakap aku dah xde duit. dia kata xpe, duit malaysia pun bisa bukk. kesian saya buk. tolong saya buk. haaaa, mati. aku rasa nak terajang kuasa veto semua dah. aku bosan gile, aku bayar. 460,000RP. dan dan tu dapat duit terussss blah. kurang hajarrr. tinggal lagi sekor kan. yang ni jual tanduk yang urut dekat spa tu. dia jual sepasang. aku tak nak tak nak tak. sebab, wallet aku dah kosong. sumpahhh. kosong. kaw tau, dia ikutt sepanjanggggg perjalanan balik turun bukit tu. dah nak sampai dekat kereta, tolong saya kak. saya merayu. bayar je berapa akak ada. tak boleh bergerak aku time ni. bagi saya RM50 je pon xpe. aku bayar RM50, dia bagi 1 batang tanduk je. sepatutnya dua batang. tapi lantakk. aku dah nak nangis time ni. kosong sekosong-kosongnya. bila dah sampai bawah, si pemandu pelancong pulak buat hal. pak, jika sudi, hulur la saya sedikit tips. saya dah menemani dan menjaga pak sepanjang perjalanan. laki aku hulur RM20. terus kitorang berambus naik kereta teksi laju-laju. dalam teksi, aku kira balik total semua dalam RM sebab tadi bayar dalam rupiah dan RM. bayar pulak dalam keadaan kurang waras. 

tasbih: RM156
harimau: RM160
gelang: RM277
tanduk spa: RM50
tips pemandu: RM20
__________________
TOTAL: RM 663
__________________

oh sebelum terlupa, masa mula-mula nak naik kawah domas, mentang-mentang aku ada jerawat, boleh si mat-mat indon ni paksa aku beli masker dari kawah gunung berapi ni. elok untuk kulit muka katanyaaa. aku pon beliii la. sampai ke hari ni tak terpakai. takut pun ada. korang pernah pakai? kaw tau berapa harga? 600,000RP. main bayarrr je. dalam kereta baru macam tersedar. 600,000RP adalah RM208! vaviiiiii.

jadi total semua habis hanya di kawah domas dalam masa 2 jam adalah,

bayaran masuk: RM172
4 barang dari 4 ekor penjual: RM663
masker gunung berapi: RM208
___________________________
TOTAL: RM1043
=======================

T__________T  sampai saat ni, aku tetap menyesali, meratapi, rasa nak bunuh-bunuh je kalau ingat balik. aku tak tau kenapa, masa dorang pujuk rayu tu, kaw takkan dapat tolak. bukan aku je. dengan syafiq and adik aku sekali tak boleh buat apa-apa. aku rasa dorang ada ilmu. mustahilllll kita xleh lawan kalau kita taknak kann. nak nak pulak duit kita dah habis, tapi dorang tetappp buat sampai kaw hulur duit. tak kesah duit negara mana sekalipun. huwaaaaaaaa, rasa nak cucuk-cucuk mata biar menangis keluar air mata darah kalau ingat balik. naik-naik teksi, aku marah pak yayat. kenapa tak bagitau awal-awal kan. dia kata sorryy buk, saya enggak tau. T_____T xde ape dah yang aku boleh buat selain meratapi sebab duit dah bagi. T____T

kesimpulannya nanti, kalau korang pergi sini, masuk-masuk je, bagitau pemandu pelancong tu, kaw taknak peniaga ikut. aku tak sure boleh ke tak. kot-kot memang undang-undang dorang memang semua peniaga kena ikut ke aku tak sure. tapi kalau boleh elak, cubalah elak dari awal-awal lagi. tolongggggg. aku merayu pada korang. jangan jadi macam aku. 4 keturunan aku belum tentu mampu buat hilang sesal aku ni. 2 jam, RM1043 duit aku terbang. heyyyyyy sumpah jadi gunung berapi baru tahu! 

sekian, aku rasa ni je antara tips tips terpenting yang korang kena tau sebelum pegi bandung. tang tangkuban perahu aku palingggggg mengingatkan korang. hati-hati ye. bukan tak boleh pegi, boleh. tapi, tolong keraskan hati kaw sekeras mungkin bila kena goda pujuk rayu. baca dulu doa pelindung diri dari sebarang pukauan dan sebagainya. nanti balik dari bandung, jangan lupa ole-ole untuk aku seplastik dua! kalau tak, sentap 4 hari 4 malam. hewhew. :p 



# hari pertama di bandung.
# 4 hari 3 malam di bandung. 

 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 273