aku cukup kagum dengan kuasa blog. dari blog orang boleh mengenali siapa kita, dari blog orang boleh memuji kita, dan dari blog jugak orang boleh menasihati kita. aku tak pasti ni menasihati atau menceramahi. muahaha. :) kalau korang perasan, sepanjang aku berkecimpung dalam dunia blog ke, facebook ke, instagram ke dan segala mak nenek lain yang melibatkan media semasa, aku tak pernahhh bercakap pasal anak. bagi aku, bukan semua cerita boleh main cerita je. kalau semua benda dalam kain aku nak cerita, baik aku tak yah pakai kain. ye dak? sampaiiiiii la tengahhari tadi, aku dapat mesej ni.
dan sekarang, demi akak. saya angkat sikit kain saya. supaya akak boleh nampak, supaya akak rasa, apa saya rasa. :)
kepada kakak anonymous,
oleh disebabkan akak tak meninggalkan sebarang nama mahupun sebarang contact number atau email yang mana saya boleh hubungi akak kembali untuk cakap terima kasih, saya terpaksa buat entry ni khasssss untuk akak anonymous. halalkan saya panggil akak anonymous ye sebab saya tak tau nama akak ape. takkan nak panggil kak tonnn pulak kan. ;) kehkehkeh. ikhlas dari hati saya, terima kasih untuk cadangan akak ni. cuma lebih manis kalau akak memperkenalkan diri akak dulu. nama pon jadi la. bila akak meninggalkan mesej macam ni, dia macammmm emmmmm. meh saya bagi contoh ehh.
contoh 1: kita terjumpa seorang perempuan, yang kenal sekadar sambil lalu, tiba-tiba kita cakap,
"eh dik, awak tak sembahyang eh? tak baik tauuu. berdosa."
kita yang bagi soalan, kita yang bagi jawapan. tanpa sempat dia jawab kenapa dia tak sembahyang. sedangkan time tu dia tengah period ke. mana kita tau, kan? kurang manis rasanya. lebih baik kita tanya dulu. bukan kita tanya dan kita jawab. :)
contoh 2: kita kenal seorang remaja yang masih bersekolah, kenal dengan sama kenal sama banyak. tiba-tiba kita cakap,
" dik, kalau adik nak gaji besar esok-esok, belajar la pandai-pandai. main boleh takkan belajar tak boleh."
tanpa kita tau sejauh mana kemampuan budak tu, tanpa kita tengok result-result exam dia, tanpa kita tengok report card bulanan dia. ntah pandai ntah tidak. ntah minat belajar ntah tidak. entah ada duit nak bayar yuran sekolah atau tidak. mesti budak tu akan cakap dalam hati,
"watdehel makcik ni tiba-tiba tegur aku. kenal tak, suka hati aku la nak buat ape pon kan."
tapi aku percaya, budak tu mesti cakap dalam hati je sebab kurang hajarr namanya bila orang muda menegur orang lebih tua sedangkan kita kena percaya, tak semestinya orang lagi tua sentiasa betul. orang umur muda dah tentu salah. :)
sama jugak dalam kes saya kak. dari contoh satu tadi, kak, takkan saya nak bagitau akak mahupun orang lain yang saya dah lama merancang untuk pegi menunaikan umrah atau haji. tu kan tempat paling suci dalam dunia. buat apa nak heboh heyy korang korang semua, aku dah daftar umrah. aku dah daftar haji. tunggu dipanggil je. haaa. bila kita menuju ke satu tempat yang paaaaling indah, palingg suci, niat kena betul. kalau awal-awal lagi saya show off, baik saya jangan pergi dulu. dah sah sah nampak hati saya masih kotor. :) dan saya yakin, memang saya nak anak. tapi, kalau saya pegi mekah, tujuan utama saya pegi bukan niat nak anak. tu hanya untuk berdoa di sana. niat haruslah untuk beribadat. ni tak, eh aku pegi mekah untuk dapat anak, aku pegi mekah sebab nak anak. kalau aku pegi mekah konpem dapat anak. saya rasa tak berapa betul tu. saya akan pergi ke mekah untuk beribadat, dan insyaAllah alang-alang pegi, saya akan berdoa semoga kami dikurniakan cahaya mata. :)
dari contoh dua,walau deko rumah saya cantik, walau saya selalu bercuti, akak pernah tengok akaun bank saya? :)) muahaha. bagi saya la kannn, tak semestinya orang berada je boleh bercuti. tak semestinya orang kaya je boleh deko rumah cantik-cantik. saya rasa kalau akak tengok akaun bank saya, akak mesti cakap, hekelehhhh budakk ni. bergaya je lebih, habuk pon xde. kehkehkeh :P kak, kalauuuu saya berada kan kak, bukan setakat mak dengan mak mertua saya je saya bawak. dah tentu-tentu saya bawak semua keluarga terdekat saya. baik ayah saya, baik ayah mertua saya, baik nenek saya, baik moyang saya, baik adik-adik saya, semuaaaaaa sekali la senang cite. dengan akak-akak sekali saya bawak. hewheww ;)) kenapa, sebab supaya doa saya lebih berkat. supaya bila makin ramai doakan untuk saya, makin berkat doa itu.
dan saya percaya, doa ibu ni kan kak, dia memang setiap masa paling mustajab, walau dimana ibu kita berada. paaaaling mujarab. tak kira masa, tak kira tempat. tapi, akak pon kena percaya, semuaaaaa kejadian di muka bumi ni, jodoh pertemuan ajal maut semuaaa di tangan Allah. walau sekaya mana pon kita, walau sealim mana pon kita, walau sehebat mana pon kita, walau setinggi mana ilmu didada kita, walau sebesar mana pangkat kita, semuaaaaaa kejadian Dia yang tentukan. kalau dia kata JADI, maka JADILAH. kita kena yakin dengan perjalanan yang Dia dah aturkan. Dia dah aturkan perjalanan hidup kita seindah mungkin kak. lebih saya kekanan, kurang saya kekiri. lebih akak kedepan, kurang akak kebelakang. gituewww. mana ada orang kanan kiri belakang depan dia sempurna. :) EH, saya pulak yang menceramahi akak, sorryyy. kehkehkeh :P
maksud saya, siapa kita untuk mempertikaikan eh kenapa dia tak dapat anak lagi. mesti dia banyak dosa. kenapa dia tak kawen kawen lagi, mesti takde sape nak dekat dia. heyyyyyy, faham tak, kita ni hamba je. kita mampu merancang, kita mampu berusaha, kita mampu berikhtiar, tapi semuaaaa tu kan Allah tentukan. takkan saya nak bagitau akak, kak, saya kan nak anak. jadi malam tadi saya buat anak dua round. ye la seround susah sangat nak lekat kan. saya buat dua. (x____x) haaaa. nampak tak. kesimpulannya, saya dan suami saya sentiasa berusaha untuk mendapatkan anak. tak pernah jemu. tak pernah serik. tak pernah menyesal kenapa kami masih belum dikurniakan zuriat. saya juga berusaha untuk menunaikan haji atau umrah dimekah cuma Allah belum izinkan. walau sebanyak mana duit yang kita ada, selagi Allah tak izin, kita tetap takkan dapat anak. selagi Allah tak izin kita melawat tempat suci, kita tetap tak sampai walau sebanyak mana kita berusaha. dia mesti ada sebab munasab yang hanya Dia saja maha mengetahui. kan?
naluri saya kuat mengatakan, saya kenal akak di dunia nyata. :) mungkin kita sedara ke, kawan ke. cuma saya agak terkilan akak tak kenalkan diri akak. sekurang-kurangnya saya tahu, dan saya boleh menjawab semuaaaa persoalan akak secara di dunia nyata. bukan melalui blog. sebab dekat blog ni tak feel la. dunia blog ni show off dan fake semata-mata. kuikuikui.
kak, saya rasa niat sebenar akak, akak kesiankan saya dengan suami saya kan sebab masih belum dikurniakan cahaya mata. kan? kak, jangan la kesiannnnnn. :) saya pon kesiankan akak sebab akak tolong fikirkan masalah saya. kesiannnn akak. :)) sebenarnya macam ni. walaupun saya masih belum dikurniakan cahaya mata, saya tak pernah tak cukup kasih sayang. kasih sayang saya sentiasaaaa melimpah ruah dari suami saya, dari keluarga dan kawan-kawan saya kak. akak jangan risau. suami saya, ibubapa saya, ibubapa mertua saya, dorang sangattt memahami. dorang tak pernah paksa weiii tolongla aku nak cucu. tolonggla. tak kak. :) memang la dorang takkan cakap macam gitu tapi dorang pon percaya qada dan qadar ketentuan ilahi. akak pon kena percaya jugak eh? :) Dia yang bagi kita rezeki. Dia bagi dalam macam-macam bentuk. tak semestinya dengan anak je. kalau betul dah tertulis saya suami isteri tidak layak untuk bergelar seorang ibu atau seorang bapa, saya redha. :) suami saya pon redha. :) dah Dia yang tentukan kannnn. takkan saya nak mempersoalkan. dan ohh lagi satu, takkan saya nak bagitau akak, kak, kami tak mandul. saya pernah mengandung tapi masih belum rezeki kami untuk memilikinya. kalau semua benda saya nak cite dekat blog kak, baik saya bukak kelas mari mengenali kami secara terperinci. haaaaaaaa :))
sekian, untuk akak anonymous dan untuk kawan-kawan yang seangkatan dengan saya, percayalah.
selagi bukan rezeki kita untuk memiliki cahaya mana, selagi belum jumpa pemilik tulang rusuk kita, selagi belum kaya walau siang malam berusaha, percayalah. jangan pernah sesekali mempersoalkan untuk sesiapa sebab semua apa yang berlaku dalam hidup kita, mesti ada sebab dan hikmah dia. percayalah. :)

DIA MAHA MENGETAHUI SEMUA APA YANG ADA DIBUMI.