Quantcast
Channel: ! nama saya nadia !
Viewing all articles
Browse latest Browse all 273

Media blogger for KLTA golden jubilee dinner

$
0
0
bila pertama kali baca email ni, badan aku dah gigil-gigil dah. dua tiga kali baca sampai katam babe kottt la kannn tak paham bahasa omputih. kehkehkeh. aku baca email ni pukul 3 petang, dinner pukul 7.15 malam dah kena ada dekat hotel istana. heyyy hilang semua napas aku. sekali check email, nory dengan ida pon dapat jugak. aku dah stress dah nape dorang tak bagitau. biasa dorang paling laju. korang tau kenapa? choiii. dorang ingat SPAM yang tipu-tipu tu. so dorang delete je. heyyyyy ada aku flush sorang-sorang dalam lubang tandas. choiii. ;) 


haa bila aku bagitau tu bukan spam, tu betul-betul, siap call kak nor yang jemput kitorang ni lagi, baruuuu la semua kelam-kabut. kaw bayangkan dorang semuaaa tengah bekerja di office memasing, gigih la pikir macam mana alasan nak mengauta bos memasing nak cabut awal. kuikuikui ;) keluar laju-laju, berdesup datang rumah aku bersiap. janji melayu babe, kata pukul 7.15, pukul 8.15 baruu kitorang sampai. jemmm babeee. kesian nory, dia dari puchong pecut laju-laju. :P nasib baikkk time tu dorang tengah pre dinner. pre dinner tu macam minum-minum sebelum masuk ballroom. 


sampai-sampai je terus register nama. dapat la meja sebagai media blogger bersama abang-abang wartawan majalah libur. 'haiiiii bang libur, next projek roger pleaseeee.' :P kehkehkeh.



Chinese set babeee, lu makan la sampai lebam 9 course meal ni. :) dan semua adalah free. tu part paling aku gemar. kohkohkoh ;)


sebenarnya jubilee dinner ni adalah untuk ulangtahun Kuala Lumpur Tourism Associates yang ke 50. Happy Birthdayyy KLTA! :) heyy kalau korang nak tau, KLTA ni adalah persatuan pelancongan yang paaaaling lama, palingg tua, paling kukuh dan masih berdiri megah di Kuala Lumpur. sebab tu wa dapat email je dari kak nor terus wa rasa nak pitam. (-___-') dah la kak nor bukan calang-calang orang, heyy dia Chief Operating Officer untuk KLTA ni babe. seramm seramm. tapi how friendly she is. thanks a lot kak nor! :) 

opening dorang happening habisss. ada dance by micheal jackson, lady gaga, gangnam style, dengan yang group nyanyi lagu no body no body but you tu! :)



ohh lupa nak cakap, mc dinner ni adalah sazzy falak. stress wa babe gambar wa xde. T____T salahkan syafiq. huhu :p sukeee laa tuewww dapat bergambar dengan retissss :) pangg kangg. (x__x) hewheww.


makanan dia heavenn sangatt. jenuh nak letak semuaa gambar makanan. T___T letak dua tiga keping dah la ehh.




sambil makan dengar datuk khatijah ibrahim menyanyi. wiii :)


sambil makan dengar atilia menyanyi. :) kecikkk comey gile dia babe.  


ohh lupa, sebelum atilia menyanyi, ada acara paaling penting iaitu potong kek. kata ni besday KLTA kann. harus la potong kek. 50 tahun babe 50 tahun. kaw ingat senang ke sebuah syarikat nak maintain selama dan segah itueww?


antara tetamu kehormat yang datang, The Mayor of Kuala Lumpur, Y Bhg Datuk Ahmad Phesal bin Hj Talib, the Director General Tourism Malaysia, YBhg Dato Mirza Tayeb, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Tan Sri Low Yow Chuan, Tan Sri Saw Huat Lye, Mr Yong Poh Shin, Tan Sri Jeffrey Cheah,
Tan Sri Lee Kim Yew, Tan Sri Francis Yeoh dan Dato Abdullah Jonid. semuaaaaa orang besar dan paaling besar dalam kuala lumpur dalam bidang perlancongan. (-___-') 
selesai semuaa majlis, tak sah kalau tak jumpa kak nor. dia yang jemput kitorang datang, melampau dan kurang hajarrr namanya kawww kalau terus balik bawak perut yang kenyang. hewhew. 

hai kak nor! :) kak nor yang baju biru berdiri sebelah ida. sebelah kak nor pon orang besar jugak ni. anak kepada pemilik syarikat teksi kuala lumpur tapi my baddd, lupa nama akak ni. sorry kak nor. my bad my bad my baddddd. T____T 

again, my baddd. T__T pun lupa nama encik sebelah ida ni. kak nor, nadia banyak makan semut kak norr. sorryyyyyy. T____T 

dan yang ni, konpem nadia tak lupa. sebab, nadia kusyuk mendengar. hewheww. ;)

 

kenalkan, ni adalah Encik Rohizam Md Yusoff, Chief Executive Officer untuk Smart Online Travel Assistant (SOTA). encik rohizam, thank you sooo muchhh sebab sudi memberi kepercayaan dan peluang kepada kami untuk meneruskan next projek kita. see you tommorow sir. :)

aku cakap terus terang dengan korang, kalau kaw kaki berjalan, suka travel, kaw tak kenal KLTA dan SOTA adalah satu kerugian besarrrr! sebab, dari KLTA dan SOTA la kaw boleh dapat macam-macam maklumat penting contohnya tentang teksi di kuala lumpur, pengangkutan dari kuala lumpur ke airport, pakej-pakej pelancongan menarik dalam dan luar kuala lumpur berdasarkan bajet kemampuan kita, heyy macam-macam lagi laaaa. senang cite, kaw boleh tengok sini. 

http://www.sotanetwork.com

dan part paaaling ikhlas dari hati aku. kepada pembaca blog aku, yang mana sudi bagi link blog aku kepada mereka-mereka orang atasan di KLTA dan SOTA ni, sungguh. terima kasih sangat-sangat. nadia nakkkk sangatttt kenal korang. kalauuu la nadia tau siapa korang yang budiman, yang rekemen blog nadia kepada KLTA ni, nadia peluk kuat-kuat. kalau ferempuann laaa. :P kalau lelaki, nadia mintak tolong syafiq pelukkan. hewhew. thank you sangattttt. may Allah bless you. muah! ;))

dan terima kasih juga dari kami berlima. :)) dari kiri ieda, mila, nadia, sheila dan nory. :)









Viewing all articles
Browse latest Browse all 273