Quantcast
Channel: ! nama saya nadia !
Viewing all 273 articles
Browse latest View live

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3

$
0
0
1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2


selepas settle aktiviti elephant trekking, ada lagi dua aktiviti belum settle iaitu emerald pool and hotspring waterwall. jadi dari tempat elephant trekking tadi si driver bawak kitorang pegi ke emerald pool duluu. mungkin jarak dia lebih dekat berbanding ke hotspring waterfall dari tempat gajah ni. dekat pon xde la dekat manaa weiii, sejam jugak la kitorang sambung mentido dalam van. kuikuikui :p yeayyyy dah sampai emerald pooll :))







aku bajet sampai je dekat papan tanda tulis welcome to emerald pool ni maksudnya dah boleh get ready nak terjun mandi manda dalam air dahhhh, sekaliiii heyyy rupanya bapakk jauh nak kena redah berjalan kaki masuk ke dalam hutan pulakkkk. 800 meter ke dalam ok! (-__-') pasrahhh la demii nak merasa kannn macam mana rupa emerald pool yang semua orang cakap wajib pegi kalau datang krabi ni. tak dinafikan subhanAllah cantiknyaaaaa air dia jernihhh je nampak macam berkaca-kaca kannnn dan tak dinafikan air dia sangatt la bewarna turqoise kebiru-biruan. 




sekaliii kitorang turun berendam, makk aiii dengan berlumutnya licin bahaya gile nanti korang hati-hati tau. sekali pijak je dasar, bersepahhhh lumut berterabur dekat air. terus nampak air berkeladak. tapi ahhh lantak laa, janji sampai emerald pool. kehkehkeh ;p

dan mula la acara bergambar dalam air. bukan nak mandi sangatt pon sebenarnyaa. amek gambar je lebih. mihmihmih ;))





haaa nampak takk, ni bukti dekat dasar emerald pool ada batu tajam. hati-hati tauu korang. tapi tujuan utama amek gambar ni bukan sebab batu. kuikuikui. ;) dah alang-alang boleh amek gambar dalam air guna camera ida yang fuyoooo canggihhh thank you daaa muah muahh, gigih laa semua orang pose dalam air smart-smart dah macam pertandingan gambar sape paling cantik. hewhewhew. 

lepas tu, sekali aku tengok gambar adik aku pose dalam air bapak smart gileeeee takleh jadi niii. gigihhh la aku laki bini nak pose jugakk konon harapan lagi smart dari gambar adik. kaw tau ape jadi? kahkahkah ;)



aku syak ni syafiq tengah berlari acara lompat pagar 100 meter berganti dan aku adalah pagar itueww. HAHAHAH. sayangg, saya selalu dengar cite nasi kangkang tapi saya tak pernah pulak dengar ada nasi suami mengangkang. HAHAHA. 

hancuss. ;) HAHA. to be honest, aku memang tak pandai berenang dan aku kureng gemar aktiviti-aktiviti berkaitan air. aku rasa macam alahaiii xde permainan lainnn ke selain airr. T__T tapi dekat emerald pool ni still under control sebab kedalaman air dia still aku boleh pijak dasar dia. syafiq tak dinafikan dia pandai berenang. adik aku apetah lagiii. sukaaa gile dia berenang-berenang ni. 

haaa, nampak takkk. sebenarnyaa, kenapa aku pakai shawl macam mak bedah pegi pasar sempang sempang gitu je sebab asalnya aku bajet nak pakai inner neck ni je sepanjang masa takyah nak belit shawl bagai. sekali heyyyy dah rupa toyol melekatttt bulat je mukaa. tak sangguppp dennnn. :p jadi setiap kali aktiviti yang perlu masuk air, ok fine bukak je shawl. settle naik kedarat, sempang sempang gitu je balik xyah nak beria pin sana pin sini sangattt janji cover tak nampak macam toyol sangattt. kehkehkeh. ;) settle mandi manda, gigih la kitorang menapak semula 800 meter menuju ke van. lapar gile jangan cakappp. T___T 


dah nak sampai dekat van, sempat lagi singgah beli air kelapa dan fruit shake yang nampak sangattt mengiurkan. dah lapar kan semuaa benda terliur. :P



seketul air kelapa 40 THB, segelas fruit shake pon 40 THB. total membeli di emerald pool adalah 80 THB. convert duit mesia RM8.40.


nasib baikkk sampai-sampai je dekat van, driver van tu bagi makanan lunch kitorang. yang ni tak perlu bayar dah sebab dia dah termasuk sekali dengan harga pakej. sedap tapiii sikit sangattt mana cukuppp. T__T bekas polisterin kemainnn gedabak besau. tapi xpee bersyukur nadia bersyukurrr (-___-') settle makan minum mandi manda dekat emerald pool, last destination aktiviti kita hari ni adalah hotspring waterfall yeayyyyy! ;))


sayangggg, awak dengan mcdee kenapaaa pose gituewww?! HAHAHA. 


sejujurnya, kalau ajak aku lagi lepas ni pegi sini memang aku tak nak pegi dahhhh. :P tak besttt ponnn sebab kalau nak banding tempat air panas La Hot Spring dekat kampung aku jauhhh lagi best La Hot Spring. sini biasa-biasa je aku rasa. jadi bila dah biasa-biasa, aku, mila and sheila main celup-celup kaki je laaa. nory dengan ida je siap berendam mandi-manda bagaiii.


sekejap je lepak sini sebab tak best sangat ponnnn hewheww. on the way berjalan kaki pegi dekat van sempattt pulak singgah beli air hauss cuaca panas kannn :) seketul air botol fanta oren 55 THB dan dua botol red bull 40 THB. total perbelanjaan dekat hotspring waterfall adalah 95 THB. convert duit mesia RM9.90.

habiss ketiga-tiga aktiviti untuk hari pertama kita yeayyyy. :) elephant trekking, emerald pool dan hotspring waterfall. legaaa :p habiss je semua driver terus hantar kitorang balik hotel. tak silap aku kitorang sampai dekat hotel dalam pukul 5 petang. balik mandi-mandi tukar baju sebab malam hari adalah acara menyopping wiii :))

 


Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4

$
0
0
1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand 
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1 
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand 
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3


ni entry last untuk hari pertama di krabi aku janji. :p hari pertamaaa je dah berpart-part tolonggg la dah kematuu. huhu. settle mandi bersih tukar baju segala, tak silap aku dalam pukul 6 lebih macam tu kitorang terus keluar untuk ke krabi night marketyeayyy! ;)) haa untuk aktiviti malam hari acara adalah bebas. jadi kitorang pon bebas la memilih nak kemana dan naik apa. jadi, kitorang bersepakat untuk try naik tuk-tuk yang femesss dekat krabi ni. kelakar ok, rasa macam sedang menyeludup pendatang asing. HAHA ;)


dari hotel ke krabi night market heyyy boleh tahan jauh jugak. tambang tuk-tuk dia caj 100THB sorang pegi balik. jadi dua orang adalah 200 THB. convert duit mesia RM20.90. masa pegi krabi night market ni adik aku tak ikut sebab balik-balik je dari aktiviti siang hari dia bantai mentido. kaw bayangkan dia tdo dari 5 petang, esok pagi pukul 8 baru bangun. hahaa. mauu tak tdo mati, dia baruuu sampai dari plkn hari yang sama kitorang nak gerak pegi krabi, dua hari tak tdo memang bom meletup pon tak sedar. HAHA. so masa on the way kitorang nak ke krabi night market ni, si driver tuk-tuk baik hati tanpa disuruh berhenti dekat satu kawasan yang cantik untuk bergambar. bagussss kannn dia. macam tau-tauuu je semua hantu gambar. ;p



aku tak nafikan bini-bini pantanggg nampak kamera.


tapi jangan tak tauuu, percayalah. para suami ponnnn sebenarnyaaa :p mihmihmih. 


ada dalam 15 minit jugakk kott kitorang berhenti sini amek-amek gambar lepas tu terus bergerak ke krabi night market. tempat cantik siap signboard warna warni ni tepi jalan raya jeeee sebenarnyaa. kuikuikuii. ;) 

yeayy dah sampaii. betapa baiknya driver tuk-tuk ni, kholed nama dia. sanggup tunggu kitorang membeli tak kesah lama mana janji balik hotel pon naik tuk-tuk dia. bagusss kann. jadi kitorang tak perlu risau dah tentang pengangkutan untuk balik ke hotel legaaaa. :) turunn je tuk-tuk perut lapar jangan cakappp. T___T kholed rekemen makan dekat satu warung nasi ayam dekat area-area tu jugak. dia kata ni je satu-satunya warung halal yang di tahu dekat krabi night market ni. lagipon perut semua tengah lapar kannnn bedall je malas nak pikir dahhh. :p lain tekak lain rasa kan tapi tekak aku cakap heyyy sedappp gileee jangan cakappp. dia punya air lada rasa nak hirup-hirupp je. siap bertambah 1 plate lagi kongsi kitorang laki bini. sedappppp. sepinggan nasi ayam 40 THB. kitorang makan 3 pinggan, bungkus untuk adik 1 pinggan takut dia bangun tengah malam nanti lapar kannn tak makan lepas balik aktiviti siang tadi. sekali memang harapannn la dia nak bangunnn, tong sampahhh la jawabnya. total 4 pinggan nasi ayam adalah 160 THB. convert duit mesia RM16.70. bagussnya kedai ni, dia memang sediakan air kosong siap-siap. memang kedai dia wajibbbb minum air kosong saje, xde air manis segala. bagusss. jimattttt mihmihmih :p


perut dah kenyangg, moh la meneruskan berjalan ke krabi night market. sebenarnya krabi night market ni macam pasar malam dekat mesia je tapi versi besar. macam uptown kott lebih kurang. ada macam-macam semua campur, makanan minuman pakaian segala laa.


dekat krabi night market ni aku beli 6 ketul fridge magnet batu 200 THB, 1 papan fridge magnet signboard 100 THB, satu air coke 20 THB. dan tolonggg la percayaaa, dalam banyak-banyak pancake banana+chocolate dekat krabi yang kitorang try, pancake banana+chocolate dekat krabi night market ni yang paaaaaaaaaaaaaaaaling sedap. sedap gileee. heyy sedap laa. haa nampak tak berapa kali pengulangan perkataan sedap aku. sebab dia betul-betul sedappp wa cakap luuuu. ;)


nanti korang cari gerai dia ni tau. gerai dia bahagian tengah-tengah night market. heyyy sedapnyaaaaaa. T______T


seketul pancake 30 THB. seketul sorang babe. tu pon tak cukuppp. T___T nak order lagi tapi chocolate habis. kaw bayangkan kitorang je borong 9 ketul. semuaa ida belanjaa yeayy. thank you daaa muah muah! ;))

settle semua orang membeli di night market, kitorang masuk 7Eleven jap singgah beli simcard dan stok makanan sampingan. dekat 7E ni aku beli 6 kotak air milo 76 THB, 1 tin tuna 49 THB, 2 tin air cincau 70 THB, 1 paket kacang 10 THB, 1 botol air sprite 10 THB, roti slice yang hekelehh sikitnyaa satu bungkusss 59 THB, ubat gigi sebab terlupa bawak 19 THB, simcard 49 THB dan topup 60 THB. total membeli di 7Eleven adalah 402THB. convert duit mesia RM42. 

haa nanti korang kalau nak beli simcard, korang jangan cakap simcard tauu. dorang haremmm tak paham. aku beria terangkan saya nak beli simcard simcard simcard. last-last mcdee laki mila suruh bagitau nak beli phone sim. oooo sebut phone sim baruuu dorang pahamm. choiii. :P dengan topup 60 THB tu aku bajet mungkin murah kott call mesia dari thailand ni berbanding dari indonesia call mesia sebab thailand lagi dekat dengan mesia kann sekali, no no nooo. mahalllll ok. lagi mahal dari bandung call mesia. 60THB tu sekejappp je boleh cakap. esok topup lagiii. huhu. 

asalnya kitorang ke krabi night market ni adalah untuk mensurvey kedai travel agent yang jual pakej untuk aktiviti esok hari. :) sekaliiii semuaa dah kusyuk berjalan sakan sampai lupaaa nak cari kedai travel agent kennn. kehkehkeh. nasib baikkk kholed pemandu tuk-tuk baikkk nak tolong bawak kitorang ke satu kedai travel agent yang dia kenal dekat ao nang. gigih laa dia bawak kitorang ke ao nang pulak. huhu. jadi untuk pakej hari kedua di krabi, kitorang amek dengan Aonang Orchid Tour dan aktiviti hari kedua kitorang adalah Phi Phi Island by speedboatyeayyyyyy tak sabarrr! ;) paalinggg murah dorang berani offer untuk pakej phi phi island by speedboat termasuk transport beramek berhantar depan hotel, buffet lunch, minuman dan buah-buahan dalam speedboat, seorang 1100 THB. jadi utk kitorang bertiga 3300 THB. convert duit mesia RM344.90. aku rasa mungkin boleh dapat murah lagi sebenarnya tapi oleh disebabkan badan dah penat, malas nak lawan-lawan harga banyak kali tibaii je semuaa. ;)


settle bab pakej, sempatttt pulakk masuk beli baju dengan beg waterproof dekat kedai sebelah muahaha. haaaa beg waterproof sangattt diperlukan tauu sepanjang korang dekat krabi sebab bila semuaa aktiviti melibatkan air, dia sangattt berguna untuk mengcover semua hp, camera, passport segala mak nenek bagai sebab ada sesetengah bot, dia tak benti betul-betul dekat pasir. jadi kaw kena redah separuh badan dalam air untuk sampai kedarat. nanti konpemmmm beg tu akan terselam dalam air. dan jangan laaa beli beg waterproof dekat pavilion kalau nak jimattt muahaha :p dekat pavilion cecah seratus lebihhh kott paling murah. sini aku beli seketul yang 5 liter 300 THB. convert duit mesia RM31.40 jeww mihmihmih ;p 

dekat kedai yang sama sempat la kitorang rembat 3 helai tshirt warna kuning untuk kitorang pakai esok dan 2 helai tshirt untuk adik aku lagi dua orang tak ikut ada dengan mama. harga sehelai tshirt orang dewasa dekat kedai ni adalah 150 THB, harga tshirt kanak-kanak sehelai adalah 100 THB. aku beli 4 helai dewasa dan 1 kanak-kanak. total untuk 5 baju adalah 700 THB. convert duit mesia RM73.15. heyyy jangan beli dekat kedai ni ok. T___T sepatutnya kitorang boleh beli jauhhh lagi murah sebab kalau 1 kepala aku je beli 5 helai, tu belum masuk ida, mila, nory, sheila and mcdee lagii heyy nak marahhh tauuu. hari terakhir dekat krabi baruuu jumpa kedai jual baju jauhh lagi murah dekat aonang huwaaa T___T nanti la cite :p settle beli baju dan beg waterproof, terus kholed hantar kitorang balik hotel. sebab kesian kholed baik sangat layan kitorang, kitorang bersepakat untuk bagi dia tips extra 20 THB. tu je mampuu. nak lebih bawak kitorang naik ferari aaaa. kuikuikui. ;) settle hari pertamaaaa yeayyyyy! sekarang meh kira total. :))


Jumlah perbelanjaan untuk hari pertama di Krabi.

# teksi dari rumah ke KL Central: RM18.80
# bas dari KL Central ke LCCT: RM24.00
# Krabi airport transfer for two ways: RM85.50
# Aonang Goodwill Hotel 4 days 3 night: RM414.66
# Pakej Aktiviti (Elephant Trekking+Emerald Pool+Hotspring Waterfall+Tiger Cave): RM313.50
# Tips di Elephant Trekking: RM6.30
# Air kelapa dan fruit shake di Emerald Pool: RM8.40
# Air redbull dan fanta oren di Hotspring Waterfall: RM9.90
# Tambang tuk-tuk ke Krabi Night Market: RM20.90
# 4 pinggan nasi ayam di Krabi Night Market: RM16.70
# Fridge magnet dan coke di Krabi Night Market: RM33.44
# Membeli di 7Eleven: RM42.00
# Pakej Aktiviti (Phi Phi Island by speedboat): RM344.90
# Waterproof bag 5 liter: RM31.40
# 5 helai tshirt: RM73.15
# Extra tips untuk kholed tuk-tuk: RM2.09
____________________________________________________
TOTAL: RM 1445.64
 
  

nadia dan syafiq berlakon? amagadddd T____T

$
0
0
amagaddddd (-____-') tolongggg la jangan tengok. tak sanggupp pulakk nak bagi korang tengok tapi pada masa yang sama, ini adalah task. nak tak nak, aku memang kena publish dekat blog. kuikuikui. pasrahhhhh. T____T tapii korang janji tauuu tolongg laaaa jangan gelak kalau ternampak kekerasan kekejungan wa laki bini. huwaaaa mantikkk segannn. (-___-') to be honest, ni adalah kali pertama dalam hidup aku laki bini kena buat-buat berlakonnn. maluuuu tapii nak, boleh? mihmihmih ;p walaupun hanya dekat blog sendiri, heyy kaw jangan tak tauu, 1 video hanya 10 saat jeww padahal tapiii nak menyiapkan 1 video tu kemainnnn lamaaa sebab berdebar kannn. T__T apetah lagi nak kena siapkan 5 video. nasib baikkk ada pelakon tambahan yang baik hati sudi tolong. :p jadi boleh la kitorang kejung bersama-sama. kuikuikui. thank you sooo much milo and mcdee. jangan serikkk tauu, nanti tolong yaya lagi ehhhhh? :p


kalau korang bertuah :p, bertuahlaasangattt ;p korang akan tertengok satu video tengah running dekat header blog aku. rasanyaaa dia memang akan keluar sendiri dekat part paaling atas dekat blog aku yang tulisan nadiafarahida yang besar gedabak tu tapi tu pon kalau kebetulan dia keluar laaa. :p tapii kalau contohnya video tu tak keluar sendiri, korang boleh je tekan CLICK TO PLAY tuuu. :)) haaa bila sekali korang ternampak je, tolong laa jangan pitam. tutup muka dengan bantal tengok sipi-sipi dahh tauu tapiiii tengok la video-video yang lain sekali. muahaha. ;p



sebenarnya dia ada 5 video semuanya tapii untuk tengok kelima-lima video tu, dia takkan keluar sekali harung dalam satu masa yang sama. korang kena refresh blog aku sebanyak 5 kali. nak senang tekan je button keyboard F5. :) maknanya, 5 kali refresh, 5 video berbeza. ;) 


haaa bila korang tengok video aku bercakap tu nanti, konpemmmm korang boleh imagine macam mana aku aku bercerita dalam blog. maksud aku macammm korang akan dapat bayang macam mana intonasi aku bercerita semasa aku sedang menaip entry sebab cara aku menulis dengan cara aku bercakap real depan-depan sama jeeeee. ;) xde la heyyy dalam blog kemainn mesra, jumpa depan-depan berdehemmm ponnn tak bunyi. kehkehkeh. ;p dalam kelima-lima video, ada satu video syafiq bangun dari katil tapi dia bukan bersama aku. kalau bersama aku konpemmmm video tu kemana ape pun kemana. HAHA.


video ni keluar tak tentu masa. kadang keluar kadang tak. tapiii kalau contohnya korang berjaya tengok video-video tu, tolongggg la jangan bagitauuu aku tolongggg. T_____T tak sanggup wa babeee nak mengadap luuu sebab wa maluewwww. HAHAHA. tapi ingat tauuu treadmark kitaaa, jom switch to u! ;))

Menu baru dari Kenny Rogers Roasters sepanjang Ramadhan :)

$
0
0

menguji keimanan betulll kalau kena buat review makanan time puasa-puasa ni. T__T HAHA. sambil taip entry sambil terbayang keenakan dia sedapnyaaaa. :)) sempena bulan ramadhan ni, Kenny Rogers Roasters telah memperkenalkan satu menu baru iaitu BBQ Go Spicy yang amagaddd sedapnyaaa


kaw boleh bayang tak betapa sedapnyaaa makan nasi tomato dengan 1/4 ayam panggang yang disaluti sos BBQ pedas? nak kata pedas tu takde la pedas sangatt sebab puasa kannn perut kosong mana boleh makan pedas-pedas tapi kespicyan set BBQ Go Spicy ni very ngam-ngam dengan keadaan perut kosong. 

harga untuk 1 set BBQ Go Spicy ni adalah RM19.50 dan setiap hidangan korang akan dapat aromatic tomato rice, Kenny Rogers Roasters famous rotisserie-roasted 1/4 chicken dressed with bbq spicy sauce, 1 creamy pandan muffin yang sedap gilee, dan 1 side dish yang kita boleh pilih sendiri. macam dalam gambar dekat atas ni side dish dia sayur. tapi kalau korang spesis macam aku tak makan sayur :p, korang boleh tukar side dish lain. boleh pilih, dorang ada Coleslaw, Macaroni & Cheese, Golden Corn & Carrot, BBQ Baked Bean, Garden Pasta Salad, Mashed Potato & Gravy, Fresh Fruit Salad, Potato Salad, Crisp Garden Salad, dan Aromatic Rice. haaa kan hidangan utama dia memang dah bagi Aromatic Tomato Rice tapii kalau agak-agak tak cukup nasi, korang boleh amek yang side dish tu aromatic rice. ni kalau stok perut besar macam aku lapar je manjangggg. HAHA ;))

 

haaa nampak takk muka teruja dapat makan muffin pandan banyak-banyak. hikhik :P ohh lagi satu, nanti korang try minum air baru ni tau. nama dia Minty Passion Mocktail. sekali sluppppp je terus segar bijik mata wa cakap luuu. sedappppp. :) harga dia segelas RM7.90. nanti korang tryyy ehh. 

dan macam biasaaaa, perempuan dan cameraa. :P sebelum makan amek gambar, semasa makan amek gambar, selepas makan apetah lagi. kehkehkeh. ;)) time food review ni hari tu nory pon dapat sekali. yeayyy ada geng boleh pegi sama-sama.


biasanya, kalau bini dapat jemputan makan-makan, mustahilll bini tak hangkuttt suami sekali sebab, balik rumah tak perlu masak dahhhh. muehehe. dasarrrr pemalasssss sangattt kann. :p gigihh balik office terus laju-laju datang Kenny Rogers dekat Time Square tapi syafiq is ok jewww sebab dia ada gengggg, hai zull :p


ni antara blogger-blogger lain yang hadir. dari kiri kak ruby, abang hazman fadzil, azwan anuar,nadia letak video yang smart dekat sini ehh halal tauu,maza, kak nunu dengan suami dia abg jamar,nadia pinjam gambar ni jugak halal ehhh :), aku laki bini, nory dengan zul, kid dan yana yassin. 

terima kasih Encik Zulkifli sebab sudi ajak nadia untuk kali keduaa dengan Kenny Rogers. lepas ni jangan serik untuk kali ketiga, keempat dan seterusnyaaa. kehkehkeh. ;)

dan terima kasih untuk shifa sekaliiii. ;) voucher free banyak lebihhh jangan lupa nadiaaaa. mihmihmih ;p



nahhh video superb dari azwan anuar,

 

haaaa kan aku dah cakap BBQ Go Spicy ni sedapppp. :) sila terjah Kenny Rogers Roasters berhampiran andaa.

 



awak tanya saya jawab :)

$
0
0

peel buruk aku, kalau soalan tu perlu dijawab dan diterangkan dengan panjang lebar dan sedetail mungkin, aku akan peram dulu sampaiii aku betul-betul rajin nak jawab. aku tetap akan jawabb cumaaa cepat dengan lambat je. huhu. sorryyyyy liyanaaaa my baddd (-__-') ok sekarang nadia cuba jawab soalan liyana sedetail mungkin ye. 


1. berapa total cost untuk buat lantai pergo, barang+installation+workmanship, contractor mana?

# sebelum ada yang tanya pergo tu ape sebab mungkin ada sesetengah yang tak tauu macam nadia duluuu pon tak pernah dengar watdehell pergo ni. kuikuikui :p bila nak renovate rumah dulu baru tauu oooo pergo tu adalah sejenis lantai yang diperbuat daripada kayu. pergo tu macam ni,


ruang tamu dengan ruang makan rumah kitorang guna lantai jenis marble, dapur dengan bilik air gune tiles, bilik tiga-tiga guna lantai pergo. liyanaaa, awak jangan tanya saya barang berapa harga, installation berapa harga, workmanship berapa hargaa sebab saya pon tak tauuu sedetail tu. mihmihmih. :P saya bayar lumpsum untuk renovate keseluruhan sebuah rumah. contractor pon xde terangkan haa yang ni upah pasang berapa, upah pekerja berapa, harga barang berapa. tak deee sebab dia kira sekaliguss best price harga renovate untuk sebuah rumah tapii rasanya, kalau awak tanya saya berapa anggaran pergo siap pasang untuk 3 buah bilik rumah saya, seingat yang nadia pernah survey,3 bilik siap semua RM8000. contractor ni contractor indon. jadi nadia memang tak sarankan langsung sebab ada kes berlaku sepanjang proses renovate rumah dulu. nadia xnak korang lalui benda yang sama ye terutamanya sesuatu yang melibatkan duit. :) jenis nadia kalau baguss jangan risauu nadia terus rekemen. kalau tak rekemen tu maknanya memang something wrong somewhere la tuuu. HAHA. ;) 


2. Total cost untuk plaster ceiling.


# walaupun majoriti ruang dalam rumah nadia guna plaster ceiling kecuali dapur, tapi sorryyyyy total cost nadia tak tauuuu. T__T ;)


3. langsir-langsir beli katne yang menarik.

# alamakkk, nadia tak tau sangat bab-bab beli kain langsir yang menarik ni sebab taste lain-lain kannn tapii kalau langsir rumah nadia, 

 yang ni nadia beli dekat bandung. 



yang dua pattern ni nadia beli dekat ikea jeee. :)


4. bedroom set dekat alcano berapa harga eh?


# oooo kalau bedroom set nadia punya nadia tak beli dekat alcanooo. nadia beli dekat kedai lainn. nadia tak tauu berapa harga satu set dekat alcano tu sorryyy. :) dekat alcano nadia hanya beli set sofa merah dan katil ni je seketul tambahan. wardrobe dengan meja solek semuaa nadia beli asing. :) harga katil dekat alcano ni RM1750, boleh baca entry nadia yang sebelum ni dekat sini ye. nadia pernah kongsi cite pasal katil ni.

ok liyana? :)) semoga semuaa penerangan nadia sikit sebanyak membantu liyanaa ye. sorry lambat reply email liyana. :p tolong jangan tanya soalan killer-killer pleaseee. HAHA. ;P lain kali tanya je dah makan belum, duit cukup tak. HAHA. kalau korang ada apa-apa soalan nak tanya, tanya laa dekat komen ni. amagadddd, aku berani mati ni mintak ditanya. muahaha. aku bukak soalan untuk semua jeniss. :P *mantikkkkkknakjawabbb* kalau boleh tolong insyaAllah aku cubaaaa walaupun ada lagi beberapa email korang aku tak jawab. kuikuikui. nanti ehhhh. tapi jangan tanya aku buat anak berapa kali seminggu dahhhh aku pokk karang! kohkohkoh ;))

 

 

 

canvas dekorasi dinding

$
0
0
aku sukaaaaaa amek gambar tapiii sokmoo tauu takde masa nak pegi kedai cuci gambar segalaaaa. T__T selalu macam alaaa hujung minggu ni la, lepas tu alaa minggu depan laa, lepas tu alaaa nanti-nanti je laa. last-last, sampai kesudahhhh tak cuci-cuci. T___T semua simpan dalam pc jewww. kesian kannnn. (-___-') tapi dalam masa yang sama, menipuuuu kalau aku cakap aku tak risau kot-kot dibuatnya tibe-tibe pc aku rosak mantikkkk. dah la semuaaa gambar dalam tu. boleh meroyan tahuu! sampai la aku google kedai cuci gambar paling murah dekat kl ni sebab nak cuci beribuu keping gambar yang maha banyak tuu kan. lepas tu tiba-tiba, ehh ehhh. macam cantikkkk jeee kalau buat macam ni.


dia macam frame gambar tapi bukan frame gambar. kan selalu kalau frame, kita kena masukkan gambar ke dalam frame. ni tak, dia memang framekan terus gambar kita. cantikkkk gileee sebab nampak macam mahalll padahal murahh jeee. hewhew. :) orang panggil dia canvas. aku tak tauu dimata korang tapi kalau aku, aku lagi suka canvas dari gambar yang dicuci dan dimasukkan ke dalam frame. nak beli frame lagiii, nak cuci gambar lagiii heyyyy malasss ok. HAHA. macam canvas ni, semua dihujung jari. :) kaw email je dia gambar mana korang nak dijadikan canvas, bayar, siap je dorang terus pos. settleee :) aku email gambar hari selasa, hari khamis dah siapppppp. cepat kannn? menggelupurrr seronokkk sebab tak sabar nak drill dekat dinding. mihmihmih. 

sebenarnya canvas ni ada banyak saiz. lain saiz lain harga la kannnn. saiz paling kecik 12x12, harga dia RM60. macam aku punya ni saiz 16x24, harga dia dalam RM120. boleh tahan besar jugakk laaa. anggaran dia lebih kurang 3 keping kertas A4. 


selalunya orang print gambar kawen dekat canvas tapi oleh disebabkan gambar kawen kitorang tak cantikk sangattt huwaaaaaa T___T, gambar selepas kawen pon bolehhh. mihmihmih. ;) aku plan setiap tempat bercuti balik jeee terus nak buat satu canvas sebagai kenang-kenangan, boleh tampal dekat dinding yeayyy curlassssss. ;)) tapi tak semestinya gambar bercuti atau gambar kawen jee tauuuuu. semuaaa gambar bolehhhh. janji cantik dimata kaww cantikla didinding nantiii. HAHAHA.
  
kualiti gambar dia cantik gileeee, macam real tauuu. dah la senang jee order. pilih, bayar, settleeee. sedar-sedar dah sampai depan pintu rumah. nak jugakkkkkk laa tuewwwwwww :P bolehhhhh. mehh buat, boleh kita genggg yeayyy. ;) korang boleh contact Canvas D'Arte ehhh, aku buat dengan dorang. ni facebook dorangg, Facebook Canvas D'Arte dan ni blog dorang, Blog Canvas D'Arte. pepandai la kaw kawtim harga. sebut nama aku confirmmmm dapat diskaun. tak caya try aaaaa. ;p kehkehkeh. 



Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1

$
0
0
1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand   
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1   
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand  
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2 
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4

punyaaaa la lama aku hold cite krabi ni sebab feel banyak kelaut. puasa kannn. alasannnnnn! HAHAHA. ok meh kita sambung hari kedua kita di krabi. aktiviti kita untuk hari kedua di krabi adalah Phi Phi Island by speedboat yeayyy! aku rasa dalam banyak-banyak aktiviti di krabi, aktiviti phi phi island ni antara yang terfemes setakat aku google sebelum pegi krabi dulu. kira macam haaa kalau pegi krabi, kaw wajib buat phi phi island. fineeee kita buat :P

untuk pakej phi phi island ni, dorang dah termasuk sekali dengan transport beramek dan berhantar. jadi kerja kita tunggu je depan hotel pukul 8 pagi. :) kan sebelum ni aku ada bagitau kitorang pilih hotel yang wajibbb ada breakfast sebab ni laa. sebabbb, mana sempat nak cari kedai makan segala nak breakfast kalau aktiviti dah start pukul 8 pagi. breakfast ready pukul 7.30 pagi jadi ngam-ngam laa makan dulu dalam masa setengah jam kannnn. bukannya makan berat ponn. breakfast ni jewwww,


settle makan minum, tibe-tibe ada satu bas pink datang pickup kitorangg. omeyyy angattt iyeee. HAHAHA.  ;)


para suami yang mewakili warna rumah sukan masing-masing. muahaha ;p


sampai je dekat pantai Aonang, kitorang kena beratur untuk amek pelekat baju.


ni la speedboat yang kita akan naik tu wiiiiii ;) ni adik aku ye harap maklum. abang botak baru keluar plkn. muehehehe. ;p

settle je amek pelekat baju, kaw jangan tak tauuu. budak-budak ni spesis tak pandang kiri kanan dahhh. asal ada tempat selagi bolehhhh nak bergambar. HAHAHA. mula-mula macam biasa, harusss la ladies firsttt kennnn. :p


lepas tu ehh ehhh, laki pon nak jugekkkkkkk. dengki la tuewwww :p


sumpah masa ni orang sekeliling pandangggg je buang tebiattt ape laa dorang ni terloncat-loncat riuh rendah kannn tapi biasaaa diaaa niiii. tak herannn janji gambar wa cantekkkk. ;p HAHAHA.


rumah sukan sekolah. HAHAHAH. penat melompat semua, ok dahhh gambar sopan pulak. muehehe.


settle amek gambar semuaa, moh la kita naik speedboat menuju ke destinasi pertama kita iaitu Bambo Island. boleh tahan jauh jugak Bambo Island dari pantai Aonang. dalam 45 minit kena redah laut dengan speedboat. heyy speedboat dia lajuuu gile okk. orang mabuk laut sila siapkan plastik muntah korang siap-siap. aku cakap betulll, speedboat ni 4 enjin. lima kali ganda lagi laju dari speedboat dekat langkawi. jangan jadi macam orang sebelah mila. kesiann diaa. muntah tibe-tibe habis kena kaki mila. kesian milaaaa jugak. HAHA :p. bila kaw bau jee orang muntah, haaa sudahhh. dengan laki-laki aku skali nak muntah tapi tak muntah konon cover macho HAHAHAH. yeayyyy kita dah sampai di bambo islanddd. ;))


cantiknyaaa lahaiii air diaaa biruu jee. dekat bambo island ni tak adventure sangatt bagi aku sebab air dia tak berombak kuat dan aku still boleh pijak pasir jadi i is tak takut sangatt. :) aku kan tak pandai berenanggggg mihmihmih :p walaupun pakai life jaket, nak berani mandi-manda berenang bagai sepenuh jiwa raga masa tu makan masaa. jadi main dekat cetek-cetek jewwww la duluu. kuikuikuii. ;p

 

cetek pon takde la cetek manaa T___T sebab last-last dorang semua berenang ke tempat dalam sikit sebab nak tengok ikan. adik aku lagiii laa nunn jauh tengah lautt heyyy berdebarnya aku jangan cakapp. (-__-') takkan aku nak main air sorang-sorang memang takk laa. HAHA. last-last syafiq ajar cara imbang badan menggunakan life jacket sepenuhnya. yeayyy dah pandaiii. :p bila rasa confident level dah naik sikit, gigihhh berenang kuak lentang cari ida sebab ida jeee pegang kamera air. harussslaaa iols nak amek gambar dalam air jugak kannn. HAHHAHA


ok settle amek gambar dalam air sekeping dua. dahhh jom naik darat sebab mazhab ida ajar, cuba ya cubaa. janji ada gambar dalam air. fineee. HAHAHHA. mandi-manda dekat bambo island ni lebih kurang sejam lebih, kita teruskan perjalanan kedua kita ke Viking Cave. dekat Vicing Cave ni tak leh turun mandi pon. sini just amek-amek gambar dalam 10 minit je. Viking Cave ni tempat sarang burung sebenarnyaa.

 

 
air dia cantiknyaaa Ya Allahhhh, crystal clear habissss wa cakap luuuu T___T sepatutnya destinasi ketiga kita adalah Maya Bay tapi cuaca time kitorang pegi ni boleh tahan besar ombak dia. masa dalam speedboat tadi pon melambung-lambung boat membelah laut sebab ombak dia besar gile sampai kadang boat kena berhenti kejap-kejap tak berani tempuh ombak kuat sangat kann. jadi iols is pasrahhhh tak dapat pegi Maya Bay janji perjalanan kita selamat dahhhh T____T. 

tak dapat pegi Maya Bay, dapat pegi Pileh Bay pon jadiiii. cantikk gileee jangan cakappp. air tenangggg jeee. tapiiii, kaw jangan harappp kaw akan pijak dasar. (-___-') sini sedalam-dalam air yang maha dalammmm. berenang guna life jacket semata-mata. takuttttnyaaa tapiii still under control sebab air tenanggg je takde ombak langsung. jadi kita pon tenang laaa. ida, andi dengan syafiq la banyak tolong aku. syafiq dah tentu-tentu akan tolong bini dia kannnn kaw jangan macam-macammm. HAHAH. ida dengan andi dah selaluuu pegi pulau snorkeling bagaiii ni. aku first time babeee. dalam ramai-ramai, confident level aku dengan mila paling rendah bila melibatkan air ni. wa takutt babeee dalam-dalam ginii. nory dengan sheila steady jee sebab dorang spesis urat saraf berani terlebih. muahaha.






bila confident level dah up sikit konpemmm tak pandang kiri kanan dahhh. HAHHAAH.


ni time penatt dahhh berenang, nak syafiq tarikkk jeeee pegi dekat boat sebab dorang dah nak menuju ke destinasi seterusnyaaa. :)


destinasi seterusnya adalah Phi Phi Don untuk makannn timeeee wiiii. :) buffet lunch ni dah termasuk dengan pakej Phi Phi Island tour with speedboat kita jadi kaw makan je laaa banyak mana kaw nak makannn sebab buffet kannn. hikhikhik.


dekat Phi Phi Don ni sempat rembat Fridge Magnet Maya Bay sebab tak jadi pegi kannnnn, dapat beli fm pon jadiiiikkk T___T seketul 60 THB. convert duit mesia RM6.27. 


sementara menunggu boat bergerakk, haruslaa amek gambar dulu kannn. :p


biasaaaaaa dia niiiii. ;))


lagi tak lompat tak sahhhh, lagi tak kecoh tak sahhh. HAHA. dahhh, settle makan melompat semuaa, moh la kita bergerak ke destinasi terakhir kita iaitu snorkeling open sea di Hin Klang. 


masa mula-mula sampai dekat tempat snorkeling ni, tour guide tu bagitau tempat ni adalah shark point. mantikkkk. kepala aku dah terset bawah ni ada sharkkk. T___T tapi dia kata jarangggg sangattt la shark datang. yang bertuah je dapat jumpa. ooo legaa. aku cuba meyakinkan diri aku sendiri, cakap sorang-sorang dalam hati, alaaa boleh ni bolehhh. (-___-') korang jangan gelak tauuu aku cite ni. HAHAH. sebab snokeling point ni paaaling bahaya bagi aku. bagi akuuu laa orang lain aku tak tauuu. air dia memang la jernih gile cantik nak mantik tapiiii, ombak kuat jangan cakap. boat siap sediakan tali tauu suruh pegang masa berenang. dua tempat snokeling yang pegi awal-awal tadi xde pon sedia tali. T___T haa nampak takk betapa kuatnya air ombak dia. aku baruuuu je melangkah nak turun tangga, tiba-tiba ada sorang pakcik ni naik boat dia dah siap berenang. aku tanya eh ehh kejapnya pakcik berenang. dia cakap dia penat, baru lepas selamatkan budak lemas. bahaya bawah ni hati-hati dia pesan. haaaaa sudahhhh. laagiii la aku takut gileeee. dah la time tu dorang semua dah turun. tinggal aku dengan mila je dalam boat. HAHA. takuttt ok. T___T last-last pasrahhh aku turun. syafiq baruuu bawak aku pegi jauh sikit dari boat, aku surender dahhhh. T____T sebabb, ombak dia kuat. aku tak pandai berenang. kalau biarr je nanti ombak bawak kita lagi jauhh tengah laut. huwaa dalam kepala pikir tolonglaaa nak balikk nak balikk. aku tak pernah main permainan bodoh mempertarungkan nyawa gini. HAHAA.

bila ombak kuat, kita akan terselam sikit dan air akan masuk dalam corong sedut udara google tuuu. tak masall aku kalutt tersedak air masin. last-last, syafiq tolong aku naik boat balik. tak sanggup aku tak sanggup. bahayaaaa. kalau korang bawak kanak-kanak datang sini, heyyy memang takkkk la aku bawak turunn walaupun pakai life jacket. sia-sia kaw sakit meneran bersalinnn. HAHHA. jadi, kaw tatap je la gambar adik aku yang untunglaaa pandai berenang sumpah cantik gile dalam air dekat shark point ni. :p 


ikan ni asal petik jari jee dia mesti datang. ida kaki memetikk. semuaaa ikan kerumun dia. stress aku tengok gambar niiii. tak leh jadiii niii. snorkeling esok mestiii kena ada gambar aku dengan ikan, kata aku dalam hati. HAHHAA.



settle semuaa snokeling dekat sini, mohhh la kita pulanggggg. masa dalam perjalanan balik, dorang bagi buah-buahan sebagai penutup majlis. kehkehkeh. 


dalam pukul 4 petang kitorang pon selamat sampai dekat pantai Aonang. :) masa on the way nak pegi dekat lori pink yang pick up pagi tadi, ternampak ehh ehh ada orang jual gambar laa. jom tengokk mana tau kot-kot gambar kita ada. mihmihmih. memang laa adaaaa, kann orang berniagaaaa. kuikuikui ;)


gambar kitorang ada dua ketul. satu bertiga, satu syafiq sorang. heyyy nape tak amek gambar saya sorang jugekkk ini tidak adillll. HAHAHA. seketul 100THB. total dua ketul gambar adalah 200 THB. convert duit mesia RM20.90. settleeeee aktiviti Phi Phi Island tour with speedboat kita hari ni legaaaaa :p lori pink yang sama amek kitorang pagi tadi terus hantar kitorang balik ke hotel. aktiviti seterusnya next entry pleaseee :p panjang sangat dah niii. okbaiii ;)) 

Cara masak Ayam Percik palingg senang dan sedapp! :)

$
0
0
to be honest, aku tak pernah masak ayam percik seumur hidup. percaya tak? kesian kannnnn T____T huhuuu. so boleh tak hari ni kita main masak-masak lagi sebab aku nak share dengan korang cara masak ayam percik paaaaling senang, cepat dan sedapppp! ;)) senangg jeww rupanyaa, aku pun baru tahu mihmihmih. :p aku ingatkan susah gilaa. nama pon ayam percik kannn. bahan utama dia dah tentu-tentu ayam. ;) ok mula-mula, 

kaw gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. garam jangan banyak sangatt tau. nanti masin sebab kuah percik nanti pon nak letak garam jugak kannn. so garam sekadar cukup rasa je. gaul macam selalu kita gaul untuk goreng ayam tu jeewww cuma beza dia, untuk ayam percik kita kena panggang. tu jeee ;) siappp gaul terus panggang. api kecik je tauuu kan rentungg ayam! HAHA. almaklumlaaa titeww kennn xde pemanggang ajaibbbb T__T pemanggang tradisional besi kepit-kepit pon jadi. muehehe :p settle bahagian panggang ayam.


nextttt, kaw blender je semua sekali bahan-bahan ni.


bawang besar, bawang putih, halia dan tiga batang serai. kuantiti setiap bahan kaw agak-agak je la janji sedapp. :P huhu. letak air sikit dalam blander tauu kang tak terblend barang-barang ni sebab kering sangat kenn. settle blender 4 jenis bahan tadi, tumissssss. :)


sesambil menumis, kaw sediakan 4 barang ni untuk campak jeee semua dalam kuali tadi. ;)


halba setengah sudi kecik, seketul asam keping, 3 sudu besar cili boh dan 3 batang serai ditumbuk sebagai penyeri bau dan pencantik mata. :p campakkkk jeee semua sekaliii dalam tumisan tadi :) 


kemudian tuangkan 1 kotak santan. gaul sebati dan biarkan sampai dia pecah minyak. kalau nampak macam pekattt sangat, tuang air kosong sikit-sikit ye dalam kuah ni bagi tak pekat sangatt. tapi jangan cair sangattt tauu, cair tak sedap.


masukkan garam dan gula secukup rasa. masukkan ayam yang dah siap dipanggang tadi dalam kuali yang sama. 


siapppppp!ayam percik sedia untuk dihidangkannnn. ;))



seee, senang kan? ;)) sila buat esok untuk berbuka dan konpemmm korang akan kagum dengan diri sendiri macam mana aku kagum masuk bakul keluar sendiri. kehkehkeh. first time buat babeee nasib baikkk menjadi. ni la resepi ayam percik mama sayaaaa! :)) senang kannnnn. selamat main masak-masakkkk semua :D


Azam Raya bersama Watsons

$
0
0
48hours sponsored post
Entry baru scroll bawahhhhh :)

Pada 4 Julai 2014 lepas, aku dapat jemputan dari pihak Nuffnang untuk join satu sidang media pelancaran kempen Azam Raya bersama Watsons dekat Al- Amar Lebanese Cuisine, Pavilion. orang tua-tua cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicarii. harussslaa aku pegiii. kuikuikui. thank you Nuffnangg. ;) nanti ajak lagiii yee. ;D


oleh disebabkan pavilion adalah dekat tengah-tengah bandar kl yang maha sibuk, gigihh awal gile dah gerak dari rumah sebab takut jemm kennn. sekali, aku dengan onie paling awal sampai. mihmihmih ;)


dan heyyy jangan tak tauu, Faizal Tahir adalah duta rasmi Watsons untuk projek Azam Raya bersama Watsons niii. aku nak kata peminat fanatik gilee tu tak tapi aku admire kelantangan dan keyakinan dia berkata-kata. no wonder Watsons pilih dia sebagai duta. :) 


haaa tengokkk, ni semuaaaa media-media yang hadir. meriahh gilee. wartawan tv ada, wartawan surat khabar ada, bloggers ada, semuaa ada laa. 


majlis bermula dengan ucapan pembukaan dari emcee Danny Hoh, palingg kanan. kemudian diikuti dengan ucapan perasmian dari Director of Marketing & Business Dev Jessica Ng paling kiri. dan part paaaaling aku tak sabar, dah tentu-tentu nak dengar Faizal Tahir bercakap liveee depan mata kannnn anonyonyooo :p 



kempen Azam Raya bersama Watsons ni akan bermula pada 18hb Julai dan aku mewajibkan diri untuk menjoin sebab hadiah dia best gileee kottt. (x___x) kalau kita terpilih, Faizal Tahir akan datang beraya ke rumah kita sambil menghiburkan para tetamu kita dan part paaaaaling best, Watsons akan menaja sepenuhnya catering semasa open house dekat rumah kita tuuuu. heyyyy dah jimattt banyakkk, duit catering boleh simpan pegi bercutiii wiwiwiwi. ;)) 

dan cara dia senangggg je nak joinn, just LIKE facebook Watsons dan submit azam raya korang untuk tahun ni tak kisah la apa jenis azam sekalipun janji tu adalah azam korang. :) contohnya, azam aku nak kurus tapi tak kurus-kurus muehehe, azam aku tolongglaa tahun ni akan ada orang bagi aku duit raya berkepuk-kepuk. kehkehkeh. haa tu contohlaaa. azam korang apa? nanti submit dekat facebook Watsons ehh. mana tauu terpilih, jangan lupa ajak aku pegi open house rumah korang sekali. :) mihmihmih. selain tu, Faizal Tahir akan memilih beberapa azam yang telah disubmit untuk beliau compose kan jadi sebuah lagu dan lagu tu akan berkemundang pada hari raya pertama di radio dan televisyen. cuba bayangkan azam korang terpilih? fuyoo. jap aku nak bayang macam mana Faizal nak compose lagu kalau azam aku nak kurus terpilihhhh. konpem sumbang lirik dia kalau guna azam aku. HAHAHAHA.

antara blogger-blogger yang hadir, paling kanan asyik izas,kak diya pinkky momma,sabrina, shafiqah hashim, onie dan alaaa dua paling kiri lupaaa nama sorryyyyy T___T kumbang dekat bawah sorang-sorang broframestone.


kak dayah paling kiri, alyza, onie dengan kak diya lagii :p, dengan kak iera isteri bro.  



Faizal Tahir dah depan mata mustahilll taknak amek gambar bersama kennnnn ;) tapi ni sekepingggg je sempat sebab heyy ramainyaa wartawan tv interview dia. wartawan melodi lagi laaa, off topik terus. kuikuikui. jangan lupa submit azam korang dekat facebook Watsons yeee. ;))




This sponsored post 'Azam Raya bersama Watsons' brought to you by nadiafarahida.com. :))

Buffet Ramadhan di Flora Cafe :)

$
0
0

Flora Cafe adalah tempat paaaaling sesuai kalau korang sedang mencari satu tempat untuk berbuka puasa yang jenis makan sampai lebammm, sambil boleh lepak-lepak dengan kawan-kawan kee keluarga kee dan nampak macam mewahhhh gilee tapi harga dia semua mampu bayar sebenarnya. :) haaa pegi laa pegi laaaa. sempat lagiii. hari ni kan baruu 9 Ramadhan. tapi make sure korang call mell dulu untuk reserved kan seat tau. :) 


sabtu lepas kitorang bukak puasa dekat sini, ohsemmmm sangattt. aku kan perut melayuu. bila kebetulan dapat lauk-pauk kuih muih ala-ala kekampungan, amagadddddddd heavennyaaa. kan besttt kalau hari-hari bukak puasa dekat kampung. bersahur apetah lagiii. huwaaa. T___T ok berbalik kepada makanan di flora cafe, meh aku tunjuk gambar. bersabar la wahaiiii hatii kalau korang baca entry aku ni di siang hari. mihmihmih. ;p



kemainnn air warna hijau tu tauuu, nama dia jimmy asrama. HAHAHA. mula-mula heyy macam seramm je nak minum. sekali minummm, ehh ehh. sedapnyaaa jimmy asrama niiii. seriuss sedap, kalau tak silap aku dia campuran perasa pisang dengan sunquick kottt ntahh janji sedapp dan nama dia jimmy bin asrama. hewhewheww. tapi aku syak, kalau nama dia asyraf syafiq konpemmmmm lagi sedappppp. kehkehkeh. astagfirullah bulan puasa nadia bulan puasaaa. (x___x) tapi aku cakap nama jeeewww kaw jangan macam-macamm. HAHAHA.

dia sebenarnya setiap hari berlainan lauk-pauk dan kuih-muih. time kitorang pegi hari tu, menu buffet hari tu adalah, 

Nasi putih, nasi beringin, ayam kampung berempah, kari kepala ikan jenahak,sotong masak hitam, sayur capcai, sambal udang, asam pedas johor jenahak, telur masak tumis lemak, salad telur, kerabu mangga, ulam-ulaman (sambal tomato, sambal belacan, sambal lotek, sambal bacang), jelatah, ikan masin dan keropok-keropok ikan, mee bandung, spageti goreng tomyang, seafood platter, chocolate fountain, abc, bubur cha-cha, pulut dan serawa durian, pisang sira, beberapa jenis kuih-muih, buah-buahan, air jimmy asmara, teh tarik, air mata kucing, ais kosong. semuaaaaaa sedapppppp! :D
















dalam banyak-banyak makanan, aku paaaling teringat-ingat pisang sira ni sampaiii sekarang. sedapnyaaa lahaiii. gulppppp. 



heyy senang cakap semuaa sedaplaaa. bagusnya Flora Cafe ni, dorang sediakan buah kurma dengan air zam-zam sekali. 



dan jangan tak tauuu, surau dia Ya Allahhhhhh cantiknyaaaaaa! selesa sangattt. jadi senang laa lepas berbuka boleh solat dekat sini lepas tu sambung menternak lemak kembali. HAHA. ;))


jadi pada mana-mana yang berminat untuk berbuka puasa dekat Flora Cafe ni, korang jangan segan silu contact mell di 03-21618010 atau 03-2858 6090 tauu untuk reserved kan tempat. meh aku bagitau harga siap-siap senang korang bajet berapa RM untuk berapa orang dan jangan aaaaa buat-buat lupa tambah aku sekali. kehkehkeh :P



harga dia RM49.50 nett untuk dewasa dan RM22.00 nett untuk kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun. bawah 6 tahun free jeee :))
 

dan ni semua para blogger yang hadir :) dari kiri boni kacak sangatttt :p, faizal fredley,nory, ida, kak dayah, aku, kak ju ummi qi, kak ameris, mila dengan kak diya pinkky momma. kak pinkkk, pinjam gambar muah muah :))

ni padahhh bila laki bini kaki bergambar hewhewheww ;p sporting gilee kan semuaaa. :))



nanti kalau korang nak pegi sini, korang boleh ikut alamat ni eh.


Flora Cafe
Lot G.08B-1 Ground Floor The Ampwalk, Ampang.
03-21618010 / 03-2858 6090 
 
tak semestinya untuk buffet ramadhan je boleh makan dekat sini. semua jenis event atau semua jenis sambutan boleh sambut dekat sini. birthday ke, anniversary ke, annual dinner company kee, semuaaa la senang cite. better korang call Mell di nombor telefon dekat atas tadi atau hp dia 017-3024112.Flora Cafe ni beroperasi setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 10.30 malam. atau nak senang, korang boleh contact Mell dekat facebook sini ye, Flora Cafe Ampwalk atau like page facebook Flora Cafe Ampwalk. selamat menternak lemak semuaaa ;))
 

chocolate moist cake sedap dan murah ;)

$
0
0
titewww sebenarnyaaa maluewww nak cakappp tapiiiii tak kira nak cakap jugakkk. HAHAH. mula-mula macam alaaa segannlaaa nak bagitauuu nanti kangg takde sape order mauu maluuuu tersipu sorang diri. kehkehkeh. tapiiiii kalau orang order pon aku segan jugakk alaaa dahh macam manaa niii. HAHA. :p 

tak dinafikan aku amek order kek cokelat ni sebagai hobi suka-suka mengisi masa lapang jewww sebab masa aku konon terlapangggglahh sangat kennn padahal kerja berlambakkk belum siap, baju bertimbun belum iron heyyyy malasnyaa. :p kalau tahun-tahun lepas, selalunya sedara mara yang rapat dengan aku je yang order sebab dorang je yang tauuu. kuikuikui. aku tak berani nak bagitau orang lain bab kek cokelat-cokelat ni sebab rasa macam alaaaaaaaa maluuuu laa kang tak sedap mantikkk. (-__-') tapi alhamdulillahhh, so far sedara-mara yang pernah order sebelum ni, boleh dikatakan setiap tahun dorang order lagiii wiiiii. tapi aku diam-diamm jeww sebab ntahhh, wa segan babe. rasa macam heyy tak hott okkkkk jual kek cokelat jeewww. KAHKAHKAH. tapiii kali ni, pertama kaliii seumur hidup, aku bukak order untuk semua oranggg. wiiiiii~ jemput order semuaaaa. ;)) kottt laaa kann korang sudi rasa cake chocolate moist handmade by nadiafarahida dengan penuhhh kasih sayang mihmihmih. *mantikkk pitamm nama kek poyo habiss mintak pelempang HAHAHA ;)) 



kalau tanya aku sedap tak, dah tentu-tentu aku akan masuk bakul dan aku jugak yang angkat sendiri kuikuikui. tapi to be honest, kalau tak sedap, hoiii memang takkkk la aku nak jual muka rekemen dekat korang buat malu jeee kann. :p HAHAHA. 


sejujurnya, tekak aku cepat muak kalau makan cokelat banyak sangat tapiiii kek cokelat aku ni tak muakk ponnn seriusss :) heyy tolonglaa, aku tak reti laaa weii nak karang ayat puji diri sendiri niii HAHAHA :p tolong la rasa dan tolongg la cakap feedback. takkan laa aku beria nak puji buatan sendiri tapii aku percaya dia sedap. EH? :p 


nahhh bacaaa sini, ida pernah try kek aku buat. dan kalau kaw kenal ida didunia nyata, dia manusia paaaaling cerewet aku pernah kenal. HAHA. seriusss. cerewet dia buat aku rasa nak hempuk-hempukkk jeee kat dinding kehkehkeh. :p dan percayalahh, aku berdebar okkk nak bagi dia rasa kang sentap matii cakap kek aku tak sedap. mulut dia boleh tahan laser minah ni. HAHHA. sekalii dia diammm je time makannnn kek lepas tu cakap sedappp yayaa nanti nak order bawak balik kampung masa raya laaa. haaa, harussla hati aku berbunga riangggg wiiiii ;)



aku syak nory mungkin boleh jadi model kek cokelat aku sebab dalam ramai-ramai, dia paling cantik. tapi kebarangkalian kek aku tak laku kalau dia jadi model agak berpotensi sebab orang asyik tengok dia jee dahh bila orang nak tengok kek aku. HAHAHA. nahhh korang baca sendiri feedback nory lepas dia try dekat sini :) sedapkannnn noryyy? :)) mana sedap, yaya ke kek? :P mihmihmih.



laagiii terharuuu sebab mila pon cakap sedappp siap order lagiii untuk balik kampung T___T kalauu la korang kenal dorang bertiga ni, heyy dorang susah tauuu nak cakap sesuatu makanan tu sedap. jadi bila sekaliii dorang cakap sedap, wa terharu kembang kempisss pat hari pat malam. :p haaa korang boleh baca mila punya feedback dekat sini ye. 


dan kaw jangan tak tauuu, jauhhh aku export model kecik hensem kacak bergaya niii hehehe ;)) kak pinkkkk, sedap ehh? thank you tauuuu. muah muahh. to be honest, aku kalau bab-bab makanan dan minuman, aku kurang yakin nak bagi orang makan nak nak pulak kalau aku nak jual sampai tahap bukak order dekat blog gini heyyy serammmm. jadi gigih aku paksa 12 orang rasa dulu. aku berani bukak order selepassss semua cakap sedappp fuhh legaaa. :))


jadi pada sape-sape yang nak order, sila silaaa. aku buka untuk tempahan dulu yeee. 1hb Ogosnanti aku hantar dekat korang ehh sebab 2hb aku balik kampung dahh. antara tempat-tempat yang aku boleh tolong hantarkan adalah:

Jusco Kepong, Carefor Kepong, Bremmall Kepong, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Segambut, Carefor Wangsamaju, Masjid Kampung Baru, 
Giant Batu Caves, Greenwood, Petronas Jalan Kuching dan Hentian Putra. :)

haaa kawasan ni semua aku boleh hantar secara percumaa sebab rumah aku dekat Jalan Ipoh jee. :) dann kalau contohnyaa korang berhajat untuk beli dan sedekahkan untuk anak-anak yatim, korang jangan risau. aku boleh tolong hantarkan dekat Rumah Amal Kasih Bestari ni sebab sebelum ni kan aku pernah buat event dekat sini. jadi insyaAllah aku boleh tolong sampaikan :) nak order untuk open house sepanjang bulan Aidilfitri nanti pon bolehhh tapi tarikh pickup kita boleh discuss ye sms je nadia nanti bila-bila ehhh.

terima kasih kak firda sebab sudi beli dan rasa kek nadiaaa. ;))



thank you jugak dekat wawa dan kak sharifah tapi sorryyy terlupa nak amek gambar kita kan hari tuuuu, lain kali ehh T__T 

dannn alang-alang aku nak balik kampung raya, kott la ada yang sekampung dengan aku nak order, ye bolehhhh. :) nanti nadia bawak balik kek cokelat untuk korang ye. kampung nadia dekat jerteh, kampung syafiq dekat pasir putih. dua dua tempat ni nadia boleh hantarkan ;)) cc: nurul ;p



seketul kek chocolate moist ni nadia jual RM30 jeeeee. ;)) semua tempahan korang boleh sms atau whatsapp nadia dekat 019-7564019 ye. email pon boleh, emailkan ke nadiafarahida@gmail.com. jemput beli semuaaaaa :)




senarai peserta pertandingan makeover percuma

$
0
0

dua minggu lepas aku ada buat satu pertandingan mencari tiga buah rumah untuk dimake over secara percuma. pertandingan ke ehh nama dia? ke segmennnn. ntahh mana-mana pon bolehh. :p nak pilih tiga buah rumah jeeewww tapiiii mak aiiii, 61 link entry aku ada. maksudnya aku kena pilih tiga buah rumah dari 61 buah rumah! amagaddddd. (-___-') boleh tahan susahhhhhhhh kerja sekolah ni okehhhh hewhewheww. :p kalau ikut hati aku nakkk jeee bagi korang semuaaa percuma teruss senang habis citeee :p tapii kalau semua nak free, memang boleh bukak syarikat amal jariah teruss. HAHAHA. 

aku perasan, dari kesemuaaa peserta, boleh dikatakan dua design ni antara yang palingggggg ramai request. cantikk ehhh? aku pon sukaa. :) dua-dua nampak mewahnyaaaa macam hotel curlassss kan. ;)





untuk pengetahuan korang, aku bakal pilih pemenang bukan berdasarkan cantik dimata aku jadi aku wajib pilih dia takkkkkk. semua cantikkk. semuaa hebat. cumaaa, antara semua yang terbaik, aku akan pilih cerita yang betul-betul terbaik sampaiii feel korang aku dapat rasa. faham tak? alaaa macam kita dapat rasa ooo dia bersungguh-sungguh nak niii. ye semua bersungguh nakk, sape xsuka benda free kannn, aku pon nakkk babeee :p tapiii, keikhlasan dalam penulisan tu bukan semua orang ada. kalau setakat kaw puji aku kemainnnnn kannnn amek hatiii laatuewww :p tapiii kaw tulis acuh tak acuh jeee aku pon macam alaaa sayangnyaaa. kenapa tak lebihkan cerita keinginan korang. kenapa lebihkan cerita kaw kipas akuu. ni bukan pertandingan kipas sape paling kuat. HAHAHA. tapi dalam masa yang sama tak dinafikan manusia mana tak suka dipujiiii mihmihmih :p

korang bagi aku masa beberapa hari untuk pilih 9 entry yang terbaik ye sebab kita ada 3 hadiah utama iaitu makeover rumah secara percuma dan 6 stensil percuma sebagai hadiah saguhati. :) bagi aku masa untuk stadi belek satu-satu ayat korang okehhh. :) ni adalah semuaaaaaa 61 entry yang korang dah submit dekat entry nihari tu ye. thank you sooo much. ;))





kalau ada yang aku tertinggal, termiss, terdouble copy paste korang tolong bagitau ehhhhhh. thank you korangggg. muah muah! :))
 

Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2

$
0
0
1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand    
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1    
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand   
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2  
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3 
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1

muka sememehhh on the way balik hotel selepas sepanjang hari pakai baju basah T__T
 
sambungan dari entry Phi Phi Island ;) oleh disebabkan petang masih muda sebab kitorang sampai depan lobby hotel dalam pukul 4 lebih, jadi kitorang cadang nak beramah mesra dan tanya-tanya dulu harga pakej 4 Islands by long tail dan harga pakej kayakking dekat reception Hotel Aonang Godwill ni kottt la kan dapat murah berbanding dengan travel agent yang kitorang pegi semalam masa beli pakej Phi Phi Island hari ni. 

kitorang bercadang aktiviti hari ketiga nak amek pakej 4 Islands by longtail sebab pakej Phi Phi Island kita dah try naik speedboat kannn. soo 4 Islands boleh la try naik long tail. atleast kita boleh rasa dua dua. hewhewheww. oleh disebabkan kitorang pegi Krabi 4 hari 3 malam jeeww, jadi masa untuk kitorang buat aktiviti tersangattt la terhad. tapi spesis kitorang, selagi boleh semuaa benda nak buat. jadi untuk hari ketiga, kitorang merancang untuk amek pakej yang boleh combine dua aktiviti. pagi buat 4 Islands, petang buat kayak. janji dapat rasaaa :) cumaaa, majoriti travel agent yang setakat kitorang survey, susahhh nak cari travel agent yang boleh combine dua dua pakej ni sekali jalan. semalam time dekat tempat travel agent yang kitorang beli pakej Phi Phi Island ni pon cakap dorang tak boleh combine. kena buat satu hari untuk pakej 4 island, satu hari untuk pakej kayak. tapi kaw jangan tak kenall kitorangg, pantang menyerah sebelum berusahaaa muehehhe. gigihhh tanya kaunter reception hotel yang kitorang stay tu berapa harga untuk dua pakej ni dan boleh tak combine together-gether. sekali yeayyyyyyyy, dorang boleh combine dua aktiviti bersama dalam satu hari dan guest what, harga lagi murahhhh dari tempat travel agent yang kitorang pergi semalam amagadddd gumbiraaa sambil gelek-gelek bontottt! ;)) bestttt price kitorang dapat untuk pakej 4 Islands by long tail, kayakking, lunch provided, air mineral sepajang hari, dan transport beramek berhantar depan hotel per person adalah 650THB sorangg :)) convert duit mesia RM67.92 sorang. jadi aku bertiga adalah RM203.76 :) 

nanti kalauuu korang stay dekat Aonang Godwill Hotel ni, aku sangattt merekemenkan korang amek je pakej dengan hotel ni terus sebabbb, aku sajewww buat-buat gatal mulut tanyaaa, sekalii harga pakej Phi Phi Island dengan hotel adalah lebih murah berbanding harga tempat travel agent yang kitorang beli semalam huwaaaa pasrahhhh. T____T settle bab beli pakej, terus naik bilik mandi manda buat segala untuk nextttt aktiviti kita iaitu berjalan-jalan sekitar Aonang Town yeayyy. :) 


dalam pukul 6 petang kitorang amek tuk-tuk depan hotel menuju ke pekan Aonang. 

tambang tuk-tuk dari Hotel Aonang Godwill ke pekan Aonang adalah 20THB sorang. convert duit mesia RM2.09. jadi untuk kitorang bertiga adalah RM6.27. perancangan asal adalah sesampainya dekat pekan Aonang kitorang nak makan dulu. sekaliii driver tuk-tuk tu cakap pekan Aonang mana ada kedai makan. T____T nak makan dia boleh bawak pegi. kitorang pon ok je la kannn sebab dah laparrr ;p jadi tambang tuk tuk pon bertambahhhh dari pekan Aonang ke kedai makan pulaaaa. :) 

dari pekan Aonang ke kedai makan Chaba Thai Kitchen adalah RM6.27. cuma bagusnya driver tuk-tuk ni, dia siap nak tunggu kita sampai habiss makan lepak segala. nanti tak perlu tahan tuk-tuk lain dahhh. naik tuk-tuk dia je balik pegi pekan Aonang. baik kannnnn. kesian dia tunggu lamee. huhuhu :p


Dekat restaurant Chaba Thai Kitchen, kitorang bertiga order tiga nasi putih, tomyam campur, daging masak merah, tempura sotong dan tempura udang. heyyyyy dorang punya tempura bapakkkkk sedap gileeeee. seriusss. paling sedap aku pernah makan. air aku order coconut shake, banana yogurt dengan ice lemon tea. total makan di Chaba Thai Kitchen adalah 620THB untuk tiga orang makan. convert duit mesia RM64.79. :) selesai perut kenyang mohhh la kita sambung perjalanan naik tuk-tuk pegi pekan Aonang balikkk. tambang tuk-tuk dari restauran Chaba Thai ke Aonang pon sama macam tadi, RM6.27 untuk tiga orang. pekan Aonang ni memanjang ye uolsss. tapi masa ni kitorang tak tau sangat, jadi kitorang ikut je si tuk-tuk ni hantar ke bahagian mana. jalan jeeee redah semuaa. :) misi utama nak cari topup sebab nak call mak aku kuikuikui. seketul topup 110THB. convert duit mesia adalah RM11.49. lepas tu adik aku beli sun glass 200THB. convert duit mesia dalam RM20.90. masa ni kitorang jalan sepanjang kedai-kedai yang betul-betul menghadap pantai Aonang. lepas tu tiba-tiba nampak ehhh ada orang jual pancakeeee wiiiiii! 


mesti la nak beli lagi sebab tak cukup makan dekat Krabi Night semalam kennnnn. :p bila tamak bin halobaa, terus beli seketul sorang. tiga ketul pancake coklat+pisang adalah 120THB. convert duit mesia dalam RM12.54. tapiiiii, alaaaa tak sesedap dekat Krabi Nightttt semalam huwaaa. T___T situuu paaling sedap. jadi makan pon slow-slow je laa tak berapa nak rakus sangat sebab tak berapa sedap kann. huhu. 

dekat pekan Aonang ni korang jangan terkejut ehh kalau ternampak banyakkkkkk barang-barang perhiasan lucah yang dorang jual aku pon tak paham napeeee. tapi majoritinya perhiasan 'barang lelaki' contohnyaaaaaa, *kak jieeee tutup mataaa siap siap jangan tengokkk muahahahahah*


boleh dikatakan setiap penjuru kedai kaw nak jual menatang-menatang macam ni kannnn heyyy tak pahammm. kaw nak saiz ape, kanak-kanak, dewasa, semua ada. HAHAHAHA. rasanya kalau tak silap takde pulak jumpa yang perempuan punya. lelaki je semua tapi macam-macam pesen. tahii pon dorang jual okehhhhh heyy aku tak pahammmmmmmmm. (-___-')


tapi bukanlaaa yang betullll heyy kaw gilee nak jual tahik betul. ni perhiasan je semata-mata tapiii dia nampak real habis kannn. HAHAH. setiap kali aku tengok gambar ni mesti hilang selera. tapi tak syok laaa hilang selera sorang-sorang kannn. HAHAHA. 

kemain jauhhh jalan dari satu kedai ke satu kedai. singgah beli air coke dua tin 40THB. convert duit mesia dalam RM4.18. kemain jauhhh masuk kedai keluar kedai last-last kedai terakhir yang kitorang masuk aku beli 5 helai baju dewasa i love krabi. sehelai dia bagi 145THB. lima helai 725THB. convert duit mesia dalam RM75.76. kalau ikutkan semalam dah beli beg kalis air yang 5 liter tapiii tak mencukupi babeee. mana muat nak tampung semua barang 3 orang punya dalam tu. T__T mana nak cameranya, hp-hpnya, tuala mukanya, passportnya, tab adik kemainnn gedabakkk heyy gewammm tauu segala benda nak sumbattt jadi terpaksa la beli lagi satu beg waterproofffff. terpaksa kewww? kehkehkeh. macam tak berapa nak terpaksa sangattt sebab memang nak beli ponnn lagi satu senangg bawak sorang satu mana tauu kot-kot next trip holiday melibatkan air lagiiiii. eh? :p so kitorang beli yang 10 liter punya. seketul 350THB. convert duit mesia RM36.57. heyyy celah mana nak cari beg waterproof 10 liter dekat kl 30hinggit babeeeee. cecahhhh seratus lebih dah niii seriussss. ;)) ni rupa beg waterproof ye sebab hari tu ada orang email aku macam mana rupa beg waterproof ni. :)

warna kuning 10 liter, warna merah 5 liter. warna kuning RM36.57. warna merah RM31.40. 

settle semua membeli, moh la balik ke hotel tapi taknak naik tuk-tuk yang macam lori pendatang asing dahh sebab nak try tuk-tuk versi moto. siap ada musik bagaiiii ;)


tapi harga sama je dengan tuk-tuk lori yang macam pendatang asing tuu. ;) sorang 20THB dari pekan Aonang ke hotel Aonang Goodwill. tiga orang 60THB. convert duit mesia RM6.27. 

sampai je dekat hotel tiba-tiba mcdee suami mila tertinggal barang dekat kedai terakhir yang kitorang pergi tadi. gigihhh semua suami-suami ni naik tuk-tuk pegi kedai tu balik konon nak pegi amek barang tertinggalkann sekaliii ibarat menyelam sambil minum air ye koranggg hamboi hamboiii :p. dorang siap sambung menyoping okeeeehhhh nak marahhh semua para bini kena tinggal jeee HAHAHA. tapi tak peeee, we olss ok jewww. :p tambang tuk-tuk patah balik mcdee belanja, balik hotel bayar sendiri. HAHA. kitorang si isteri-isteri ni lepak dekat lobby hotel sampaiii dorang semua balik kepangkal jalan. biasaaaa la suamiii, nak tdo baru cari bini kennnn. kohkohkoh. ;p lepas tu sambung lepak sama-sama dekat lobi sampai pukul 12 malam lebih. ;) sepanjang sejam lebih dorang keluar bercanda tanpa bini-bini, syafiq sempat beli sehelai baju 130THB. convert duit mesia dalam RM13.58. dekat lobby hotel sambil melepak tu aku beli air mineral 10THB je sebotol. duit mesia dalam RM1.04. settle semuaaaa aktiviti hari kedua kita yeayyyy ;) meh list down berapa total habis untuk hari kedua ye. 


Jumlah perbelanjaan untuk hari kedua di Krabi.
 
# Fridge magnet Maya Bay: RM6.27
# Dua ketul frame gambar Phi Phi Island: RM20.90
# Pakej Aktiviti (4 Islands by long tail+kayakking): RM203.76
# Tambang tuk-tuk dari Aonang Goodwill hotel ke pekan Aonang: RM6.27
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke restaurant Chaba Thai Kitchen: RM6.27
# Makan-makan di restaurant Chaba Thai Kitchen: RM64.79
# Tambang tuk-tuk dari restaurant Chaba Thai Kitchen ke pekan Aonang: RM6.27
# Topup: RM11.49
# Sunglass: RM20.90
# 3 ketul pancake banana+chocolate: RM12.54
# Dua tin coke: RM4.18
# 5 helai baju dewasa i love krabi: RM75.76
# Seketul beg waterproof 10 liter: RM36.57
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke Aonang Goodwill hotel: RM6.27
# Sehelai baju syafiq beli: RM13.58
# 1 botol mineral water: RM1.04
# Tambang tuk-tuk dari pekan Aonang ke Aonang Goodwill hotel syafiq sorang: RM2.09
____________________________________________________
TOTAL: RM 498.95


 
to be continueeee ;)       

 

Jemputan pratonton Filem Adnan Sempit 3 T___T

$
0
0
i is sedihhhhhh T____T sebabbbbb, 


selalunyaa aku jaranggg layan cite melayu sebab laki aku conquer tv dekat rumah heyyy channel HBO jeee manjanggggg gewam tauuu ;P tak pon cite katun. ntah pape kennnn tua bangka layan cite katun muehehe ;p tapii, kalau cite adnan sempit haaa memang kitorang laki bini layan habiss. dari yang first tak pernah miss tengok dekat panggung. dekat tv pon layann. sekali dapat jemputan tengok pratonton adnan sempit 3 dekat panggung bersama-samaaa dengan pelakon-pelakon dorang babeee amagadddddd T__T

tapiii, kenapa mesti dekat TGV Sunway boleh tahan jauhhh dan jemmm (-___-'), kenapa mesti pukul 3 petang bukan pukul 5 petang sebab laki wa balik keje pukul 5 (-____-'), kenapa mesti bulan puasaa walaupun aku tau dorang kena buat pratonton time bulan puasa sebab cite ni keluar time raya nanti :p mihmihmih. kalau ikutkan boleh jeee aku pegi tengok tapi oleh disebabkan tak sanggupp denn nak jumpa artis semata sampai laki wa terbiarr bukak puasa dekat rumah sorang-sorangg heyy no no nooo. anyonyonyoo baiknyaa lahaii isteri sapewww la niiii kuikuikui:P tangandibahumatakeataskehkehkeh ;p 

jadi aku nak pass dekat mana-mana blogger yang boleh pegi gantikan aku. ada orang nak? dekat TGV Sunway, 30 July 2013, start pukul 3 petang. tiket wayang dan makan dorang sediakan. email aku eh, cepat tauuu. nadiafarahida@gmail.com. aku ada dua pass je ni. so first come first serve ye sorryyy. ;) lain laaa kalau aku David Teo, aku angkut semuaaa sekaliii :p hewhewhew.


Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 3 Part 1

$
0
0
1. Harga tiket flight ke Krabi, Thailand      
2. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 1     
3. Hotel Murah di Krabi, Thailand     
4. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 2  
5. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 3  
6. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 1 Part 4 
7. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 1 
8. Pengalaman bercuti ke Krabi, Thailand - Day 2 Part 2

aktiviti hari ketiga kitorang dekat krabi haritu adalah 4 Islands by long tail dan kayakking. kalau ikutkan, van akan datang pickup kitorang depan hotel pukul 8.30 pagi waktu krabi tapi pukul 9 pagi baru dorang sampai. takpeeeee, kitorang boleh breakfast puas-puas duluuu :p 


menu breakfast boleh dikatakan hari-hari sama T__T. jangan bermimpiii ada nasi lemak, mee goreng mamak, kuey tiaw goreng segalaa. HAHAH. korang hanya boleh pilih dari menu ni jewww,


takpe laaa, janji dapat alas perut dulu sebelum start aktiviti kannnn. ;) 



si van datang pickup dan terus hantar kitorang ke pantai Aonang. kemainnn penuhhh dia sumbat orang sampai syafiq dengan adik aku terpaksa berdiri. heyy bahaya tauuu berdiri gituu je tapi takpe laa dah besar kann. pepandai la jaga diriii :p amboiiiiiii bangg, kemain putihhh melepak bersewiii sewii muka yeee. berapa kilo sunblock tepek takut muka hitam? HAHA ;) masa mula-mula sampai dekat pantai, semua kena isi maklumat peribadi dulu untuk insurans nyawa kalau tak silap aku. 


lepas siap isi semuaa heyyy boleh tahan lama kitorang terpaksa menunggu untuk memulakan aktiviti pertama sebabb, van tadi kena pegi pickup orang dari hotel lain pulakkkk. dah alang-alang menunggu, takkan menunggu semataaa dorang nii. orang sekeliling naik herannn korang ni buat shooting apa terlompat-lompatt terkinja-kinjaaa tak malu keee. HAHAHA. 

miloo baruuuuuu nak kira satuuu duaaa tigaa lompat, yang orang lain tak menyaboo heyy lambat la milo ni kira. HAHAHA. 



kalau kaw tanya aku, tak semua lelaki senang masuk kepala. tak semua lelaki kepala sama gila. tak semua lelaki bila kaw suruh, dia akan buat apa saja. tak semua lelaki mampu real sehabis daya. aku kadang pon herannn. macam mana dorang ni boleh masuk kepala senang gilaa sebab pada asalnya bini-bini je kamcing habis. ramaiiiiiiiii yang tanya aku, ida, nory dengan mila. laki korang ni betul-betul kamceng ke buat-buat sebab macam tak berapa logik boleh jadi sekamceng ni bermula hanya dari blog bini tapi percayalah, this is real. :) mana nak cari babee time wa sakit laki masing-masing call syafiq tanya khabar. mana nak cari babee time berbuka kalau kebetulan aku bukak puasa dekat luar tak boleh dengar azan memasing call cakap dah boleh makan dah masuk waktu. mana nak cari babe merempit sama-sama pegi event bawak bini. HAHA. mana nak cari babe sorang je nyee bini period tapi semuaaaaaa laki pakat masuk 7E cari pad. KAHKAHKAH. ;)

 

aku rasa nasib baikkk si driver van tu buat kitorang menunggu lebih kurang dalam setengah jam jee. tu pon dah beratus gambar tak sanggup den nak letak semua sini kang ada yang berbuluuu mihmihmih. ;p sebelum naik long tail, si travel guide awal-awal lagi dah bagitau, masukkk je longtail terus kena duduk. tak boleh berjalan kesana kemari bahaya sebab potensi untuk sampan berenjin ni terbalik sangatt la tinggi sebab dia guna papan je babee. dah la bila kita mengharungi ombak, ombak kan besar. air betul-betul sebelah tingkap siap tangan boleh main air lagii heyy bahayaa. 


kalau korang tanya aku, antara speedboat yang kitorang naik masa buat aktiviti phi phi island masa hari kedua dengan longtail yang mana lagi mabuk, aku cakap longtail. aku alhamdulillah bukan jenis pemabuk laut tapi laki wa yang macho lagi gagah perkasa ituewww haremmmm asal naik boat mabuk, asal boat bergerak pening. kesian kesian kesiannn. HAHA. syafiq dia geng dengan ida, asal boat bergerak mintak asam. kuikuikui. ;p roller coaster uss yang kemainnn bahaya mintak nyawa boleh main, setakat longtail boleh mabuk choiii tauuu. HAHAHAH. 

destinasi pertama kita untuk pakej 4 islands with kayakking ni adalah Phranang Cave. 


ni la kottt cave nya ntahhh tapi gua ni memang boleh masuk kedalam tapi memang takkk la aku nak masuk kann sebab kalau tak silap dorang ada tulis 'Princess spirit house by local people' heyyy spirit spirit ni no no noooo. kang tak masal balik rumah demam.

dekat Phranang Cave ni sekejap je dorang benti. dalam 45 minit kott kalau tak silap. tak sempat nak jalan jauh snokeling apetah lagi sebab masing-masing betapa depan toilet tengah redakan mabuk. HAHAHHA. 


hati-hati tauu dekat sini banyak monyet tapi monyet sini takde la sebahaya monyet dekat Dayang Bunting Langkawi.

nory jangan cakap, semua dia beraniiii. konpem urat saraf takut dia dah putus. muahahahaa.



settle destinasi pertama, moh menuju ke destinasi kedua kita iaitu Poda Island.


dekat Poda Island ni boleh snokeling tapiiii turun je boat dorang dah sediakan makan tengahhari. harus la kitorang terjah makanan dulu kennnn :p kuikuikui. untuk pakej longtail, makanan dia tak semewah makan buffet yang pakej Phi Phi Island by speedboat semalam sebab untuk pakej long tail, dorang yang letakkan makanan untuk kita. kita tadah pinggan jee. tapi kenyang jugak korang jangan risauuu ;)



nak cakap perut tengah lapar tu tak pon aku rasa tapi tekak aku cakap sedap gileeeee makanan dia. lagi sedap dari pakej buffet semalam. settle makan minum semua masing-masing boleh snokeling dahh tapi kitorang kann amek pakej 4 islands with kayakking. jadi kitorang tak perlu snokeling lagi sebab kita akan berkayakdari sini yeayyyy

    

aku rasa bab kayak ni aku paling bertuah sebab kitorang naik bertiga. kuikuikui. orang lain naik berdua dah tentu-tentu kena saling tolong menolong mengayuh kang tak bergerak kayak tengah laut padahhh tertinggal dekat belakang. yang aku bantai berlenggang amek gambar pemandangan xpeeee syafiq dengan adik ada tolong kayuh. HAHAHHA. 


ni juru pandu kayak kitorang. Mr Dome nama dia. bapak selambe kayuh sorang diri lajuuu pulak tuu. yang kitorang mengayuh berdua pon tangan bergerak mulut berbunyii letihhh letihhh dia rilekkk je sorang. huhuu. 


sambil-sambil mengayuh, Mr Dome cakap nak bawak kitorang pergi tempat tapak pengambaran cite omputeh ape ntahhh yang pasti rumah buluh ni adalah rumah fisherman dalam cite tu. masa pengambaran tu dorang siap tutup semua kawasan pulau ni semata-mata nak buat pengambaran dekat sini. soo tumpang bergambar je la sekaki dua walaupun tak tau apa nama tajuk cite tuuu lupaa walaupun dia dah bagitau nama :p
cantik kannnnnnn. kretif betul dorang. lepas tu Mr Dome offer diri nak tolong amekkan gambar kitorang. heyyyy pucuk dicita ulam mendatanggg ape lagiii. kehkehkeh ;p





settle bergambar semua, mohhh la kita kembali ke pangkal jalannn. ;p dayung kayak balik ke tempat makan tadi sebab boat dah tunggu kitorang untuk ke destinasi ketiga iaitu Chicken Island. ;) haaaa masa on the way ke Chicken Island ni la syafiq flatt habissss. cukup pakej mabuk lauk, lepas tu perut penuh makanan, kemudian penat berkayak, sekali kena naik boat balik. mabuk kuasa dua la diaaa. betapa tak tahan sampai siap baring dalam boat. anyonyonyoooo kesiannnnkannn. :p yang bini, gigihhhh siap amek gambar muehehehehe. aku amek gambar sebab syafiq jarang badan dia lemah. selagi dia boleh cover dia akan cover apetah lagi depan orang ramai. tapi time ni betul-betul dia buat dono. kuikuikui. 


yeayy dah sampai Chicken Island. haa nampak tak macam rupa kepala ayam? sebab tu nama dia chicken island. ;))




its snokeling timeeeeee ;) oleh disebabkan semalam aku dah nekad, walau apa jadi, walau takut jangan cakapppp, aku mestiii kena ada sekeping gambar dengan ikan sebelum balik. ;)) muahahahaha. kan semalam snokeling dekat phi phi island aku takut gile sampai terlepas peluang amek gambar dengan ikan, hari ni wajibbbbbbb ada. nanti stresss orang lain semuaa ada gambar dengan ikan aku takde. jadi aku cakap sorang-sorang dalam hati alaaa senang je niii ape ade hallll :p aku orang last turun dari boat. sepenuh kasih sayang syafiq tatang sebab dia takut aku gabra macam semalam. kuikuikui :p


sekali turun, ehh ehhh. best pulak snokeling dekat sini. 


tapi seriusss. snokeling dekat sini tak sebahaya snokeling dekat tempat pakej phi phi island semalam sebab sini takde ombak besar. sini tenang jee. bila dah beraniii sikit aku pon cepat-cepat cari ida sebab ida je pegang camera dalam air. kuikuikui. 


finallyyyyy, yeayyyyyyyyyyyyyyy ada gambar dengan ikannnnnn! ;)) hewhewhew. 


satu jam kottt rasanya snokeling dekat sini dan sepanjang satu jam tu la aku dalam air sibuk tengok ikan sambil belajar berenang. besttttttttt ;)) habis je masa kitorang terus gerak ke destinasi terakhir kita iaitu Tup Island. 


aku rasa dalam banyak-banyak pulau dalam pakej 4 Islands ni, Tup Island paaaaaling femes sebab dia sangat la unik. boleh berjalan antara satu pulau ke pulau sebelah. hebatkan, subhanallahhhh :)




lebih kurang sejam lebih jugak la kott kitorang dekat sini. tak snokeling ponnn sebab tadi kan dah ada gambar dengan ikan mihmihmih, jadi dekat Tup Island ni hanya posing amek-amek gambar semata :) settle semua keempat-empat pulauuu legaaa :) mohhh la pulanggg. lebih kurang dalam pukul 3 petang boat pon gerak balik ke Aonang. so sesampainya dekat pantai Aonang, van yang pickup kitorang tadi jugak yang hantar kitorang balik ke hotel. awal lagi masa sampai dekat hotel so kitorang naik bilik mandi manda tukar segala untuk aktiviti seterusnyaa. kalau ikutkan wa tak sanggup nak sambung cite sebab lucah sangat tapi mungkin la sebagai peringatan untuk korang dimasa akan datang please stay tune :p panjang sangat dah entry ni nanti aku sambung ehhhh. :))



Sana sini Kolagen EPHYRA :)

$
0
0
to be honest, aku bukan spesis asal malam nak tido wajib pakai masker, asal celik mata sental berjenisss produk dekat muka takkkkk, tu bukan aku. :p heyyy aku ni spesis pemalassnyaaa lahaiii nak telek-telek muka segala tapiiii menipu sangattt kalau aku cakap aku taknak nampak cantik. (-___-') aku rasa, sepanjang aku hidup, belum pernah aku jumpa mana-mana produk yang mampu memudahkan hidup ye laaa dah dasar pemalas kann tapi nak jugakk rasa jadi cantik pleaseee. :p sampaiii la aku baca ramaiii gile review pasal produk Epyhra keluaran syarikat Oceanlife ni.



heyyy tak boleh jadi niii. aku jarangggg terpengaruh dengan mana-mana produk kecantikan tapiii lepas aku baca semuaa pengalaman orang lain sepanjang menggunakan produk ni aku rasa macam eh ehh macam senang jeee. kena try ni. takde sebarang pantang larang pulak goodddd. :) kan setengah produk kemainnn banyak pantang larang. haaa yang Ephyra ni kerja kaw senang je. tuang satu paket sehari dalam gelas kemudian tuang je air. kacau hingga larut dan siappppp. haaa senang kann. dalam banyak-banyak part, aku paaaaling suka part boleh bancuh dengan air sejuk dari peti ais yeayyyyyyy sebab aku kurenggg sikit minum air tak sejuk. ;))


sebenarnya aku minum Ephyra sebab Ephyra mampu membantu merawat dan menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dari luaran dan dalaman. jadi bila kita minum, dia bertindak balas secara keseluruhan. semua part dia akan tolong cantikkan. aku sangattt berminat untuk try ephyra sebab heyy muka aku macam tongkang pecah okehhhh. T____T jerawat berdozen boleh beli borong. mihmihmih. tapi aku baruuu start minum beberapa hari. nak gebang lebih kang orang tak percaya. korang tunggu aku share pengalaman selepas habis minum kesemua 30 sachets ehhhh ;) 






Ephyra ni sebenarnya dihasilkan daripada gabungan kolagen mantap rumusan terunggul dari alam semulajadi di seluruh dunia antaranya L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, AcerollaCeri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato. 


selalunya supplement-supplement ni tak berapa nak sedap. pahit la, payau la, hanyir la tapiiiii seriussss, ephyra sedap gileeee. nak cakap rasa macam air oren twisster pon ada, macam chewing gum pon ada, macam ubat gigi kanak-kanak pon ada. yang pasti sedapppp okkk. gerentiii tekak korang boleh terima sebab aku rasa, tekak aku paaaling teruk kalau makanan atau minuman tu pahit macam sayurrr :p semua jenis sayur tekak aku memang tak boleh telan. :)



nak share pengalaman sepenuhnya tu macam awal lagi tapiiii sejujurnya so far selepas beberapa hari aku minum Ephyra, badan aku lambat letih tapii tak seketara perbezaan dekat tapak kaki. tapak kaki aku selalu keringgg dan keras. jenis aku pantangggg nampak benda-benda keras ni kohkohkoh. ;)) tak tak, maksud aku tapak kaki. ;p aku sukaaa tarik bagi tanggal yang keras tapi esok konpemmm tapak kaki burukkk menggerutu huwaaa T__T tapiii, dua tiga hari ni dah xleh nak tarik-tarik kulit keras sebab dah xde yang kerasnya. semuaaa dah lembutt haaa baguskannn. ;) boleh la lepas ni aku gesel-gesel syafiq guna tapak kaki jeewwww HAHAHAHA. ;) kalau tak sebelum ni heyyy tak berani nak bagi syafiq sentuh kang dia kata ni tapak kaki ke kulit cempedak wa sentap pat hari pat malam. kuikuikui. ;p


haaaaaa paaaling penting, sebelum korang tanya atau menceramahi tanpa usul periksa, baik aku cakap siap-siap hewhewhew ;) part keselamatan dan tahap keterjaminan produk Ephyra ni korang jangan risauuuuuu. dia ada sijil KKM dan disahkan halal oleh jakim. :) sooo korang boleh la tryy tanpa was-was. :)



korang boleh order dari sini ye, 



instagram- ephyra2u

Atau hubungi HQ dorang di 03-41417889 atau smskan ke 019 3999 238.

haaa, untuk pembelian Ephyra, sekarang tengah ada promosi sempena Hari Raya. sebelum ni satu kotak ada 30 sachets RM228, sekarang RM197 jeee :)


dan juga ada promosi khas semuaaa untuk pembaca blog nadiafarahida.com wiiiii. :) korang boleh dapat dua kotak Ephyra pada harga RM380 sahaja dan percuma handbag organizer. ;) boleh la kongsi dengan kawan-kawan sekotak sorang kennnn. ;) untuk promosi khas ni korang boleh emailkan ke info@oceanlife2u.com dengan tajuk blog nadiafarahida. jom sama-sama berusaha jadi cantikkkkk ;) nanti lepas sebulan guna korang jangan lupa update aku sekali tauuuu ;))


ohh sebelum terlupa, korang boleh tengok video keistimewaan ephyra dekat sini yeee.


peniaga cina VS peniaga melayu

$
0
0
sepanjang aku hidup, bila berkecimpung dengan dunia perniagaan, kita boleh kenal yang mana betul-betul berniaga untuk jangka masa panjang atau berniaga janji asal cukup makan tapi perut kaw yang kenyang sorang. T___T tak dinafikan berbisnes babe dah tentu-tentu ada turun naik dia. takkan semedanggg kaw mencacak naik kennnn. ;)

tapiiiii, dalam banyak-banyak part tentang urusan perniagaan, kita takleh lupaaa. kadang dalam rezeki kita ada rezeki orang. jangan kedekut babeee. berkira sangat pon tak boleh jugak. yeeee betul semua orang nak jadi kaya dengan cepat tapiii, korang jangan lupaa. makin banyak kita memberi, mestiiiii lagi banyak kita terima. cuma mungkin dia datang dalam cara berbeza dan cepat atau lambat je tempoh masa diaaa. semoga luahan ni terus mengingatkan aku dan korang semua, kadang bila kita kat atas, kita akan lupa sapeeee yang tolong kita semasa kita sedang naik ke atas ituewww. :) takde nyaaa orang lahir-lahir ehh ehh, dah kat atas dahhhh :p melainkann kaw anak orang kaya duit tak habisss. haaaa tu aku surrender, tapi bak laaa seketul duaa :p mihmihmih. ;)

to be honest, antara perniaga melayu dengan peniaga cina,jauhhhh aku lagi suka bekerjasama dengan peniaga cina. selama-lama aku hidup, aku tak pernah jumpa orang cina kategori tengah-tengah. takde. dorang samaada baikkk betul-betul atau jahat betul-betul. dorang xde stok yang buat-buat baikk kee, kadang hari ni je baik esok jahat pulak kee xdeeee. ni pengalaman aku laaa. pengalaman korang aku tak tauu sorryy. :) dalam ramai-ramai kawan-kawan cina yang aku ada, so far belum ada yang spesis bercakap gebanggg tak nak kalah pathari pat malam tak habiss tapiii kalau peniaga melayuuu haaa sudahhh, berlambakkkk okkk termasuk la akuuu. ;)) muahahaha. kenapaaaa ehhhh. kesian kannn. melayu ni senang betul lupa diri. nadia nadiaaa. istigfarrrrr nadia istigfarrr ;P 

dan sepanjang-panjang aku berkecimpung dalam dunia blogger ni, aku pon tak sangka dari blog kita boleh dapat duit. rezeki Allah dah bagi melimpah ruah babee kanan kiri hasil gaji kais pagi makan pagi laki bini takkan tu pon tak cukup lagiii. (-___-') sungguhh. aku buat blog bukan sebab duit. takkkk. dah memang minat aku menulisss berceritaa segala tiba-tiba ada orang offer apa-apa yang datangnya dari blog. haa kalau ada yang sudi memberi bukan ke tu namanya rezeki ;) takkan kita nak tolakk ye tak? :p



sebelum ni ramaiii yang tanya aku tentang kos pengubahsuaian rumah termasukla kos buat kabinet dapur. dengan gembira aku kongsi pengalaman aku dekat blog siap buat entry semuaaa dengan harapan, semoga membantu korang dimasa akan datang sebab time aku buat dulu, aku pon nak yang terbaik untuk rumah kitorang. dan aku pikir korang pon mesti nak benda yang sama. tapi wallahi aku tak pernah duga, hanya dari entry perkongsian blog cabuk aku tentang pengalaman dan kos kabinet dapur, cukup membantu syarikat itu berdiri teguh. dan aku paaaaling speechless, dia tak pernah lupa sedangkan aku tak pernah tahu, akan ada bahagian untuk aku. T____T 


thank youuu jefff. T___T thank you artak kitchen T__T saya tak sangka akan ada commisyen untuk bahagian saya T___T. kalauuuuulaaaa saya tahu dari duluuu, konpem saya cerita pasal dapurrr jeewww hari-hari. muahaha :p tapiii mesti lepas ni tak dapat dahhhh kennn finee taknak kawannn. kehkehkeh ;p 

kesimpulannya, kalau kaw tanya aku, antara peniaga melayu dengan peniaga cina yang mana aku lagi suka bekerjasama, dahhhhh lamaaaa aku jawab aku pilih peniaga cina. tak cakap banyak. tiba-tiba dapat hasil. ni ikhlas dari hati aku bukan sebab jeff bagi commission itueww tauu jangan macam-macam hahaha. tapi sebab dorang memang boleh buat kerja. tapii bukanla semua peniaga melayu mengchoiiikan kannn. ada jeee yang baik bagus budi bicara pandai jaga hubungan dengan pelanggann. :) cuma aku perasan, ada sorang tinggal komen dekat blog aku, 



korang ada pengalaman? cer citeee. mana tauuu boleh shareee jadikan panduan kannn.:)

www.nadiafarahida.com di Utusan Malaysia, 10.8.2013

$
0
0
wallahi T_T ikhlas dari hati. terima kasih untuk semuaaaaaa yang sudi baca blog www.nadiafarahida.com. (-_-') semoga selama aku bercerita, kaw boleh rasa disetiap jiwa. dengan harapan moga aku peroleh pahala walau sebarang dua. terima kasih korangggggggg ;) jangan jemu baca blog nadia yeeee. :)) meh beratur amek duit raya mehh. :p hewhewheww.

selamat hari raya semuaaa :)

$
0
0
tahuuu takkkkk raya ke 8 baruuuu hegeh-hegeh nak buat entry ucap selamat hari rayaaaa kesian kannnn :p tapii takpeee kotttt, selagi syawal tak habis, selagi tuuu boleh cakap selamat hari rayaaa. hewhewheww ;)

selamat hari raya koranggggggg :) sepenuh jiwa raga aku nak cakap, mintak maaf mintak ampun sepanjang korang kenal kitorang andai kata pernah terkasar bahasa, terguris hati terluka jiwa :p tak kesah la secara depan-depan atau bacaan dari apa aku tulis dekat blog keee facebook keee kannn. :) halalkan makan minum kitorang kotttt laaa kannn kitorang terover makan minum tak pandang dahhh depan belakang kiri kanannn :p

dalam 4 kali raya sepanjangggg tempoh 3 tahun kitorang kawen, tahun ni paaaaaling aku stress. T___T sebabbb, datang sorang heyyyy gemuknyaaasekarang. T__T datang dua orang, mak aiiii nape semua membesar bagai juara ni. muahahaha (-__-') datang tiga, duluuuu kurussss jee. sekarang haaaa bulatnyaaaa. (-___-') fineeeeeeee gugur jantunggg tahuuu. :p tapi aku sendiri tak nafikan, ni berat badan paaaling berat sepanjang aku hidup. T__T tapiii spesis malas bertindak, nantii nanti la dietttt. kuikuikui. heloooo, bagusnya jadi gemuk ni dia bukan gemuk dekat perut jeeeww okehhhhh. dia gemuk semua tempatttt. :p pakej all in one. itu syafiq paling sukaaa. muahahahahah :p kaw sukaaa kaaannn semua part besar besar kannn, nahhh hadappp, dengan perut-perut sekali besar sorryyyy. kohkohkoh. ;)) nampak tak tersasar jauh dari topik raya? (x___x) kahkahkah. ok sambung. 


syafiq kann, spesis dia malas betull nak bersampin bagaiiii. pakai sampin pegi sembahyang raya jeeeww. lepas tu balik semua togel. jangan cakap syafiq, boleh dikatakan semuaaaa lelaki dalam keluarga aku peel gituuu. songkok kopiah ketayap bagai apetah lagiii memang takkk la nak pakai lama-lama dekat kepala kannn. 


kenalkannn semuaaa, ni la keluarga sayaaa :) ni baruuuuuu sebelah adik beradik mama yang ada 5 beradik dan nenek aku ada 10 orang cucu. haa nampak tak kenapa aku duduk paling depan? sebab aku cucu paling tua harus la gile kuasa. kuikuikui. ;p ni belum masuk sebelah nenek aku lagi, belum masuk sebelah atuk aku lagi yang mana setiap kali raya, semuaaaaaaaa wajib datang rumah ni sebab moyang aku tinggal dekat sini. mauuu tak penuhhh rumahh. dan rasanyaaa, ni gambar ramai-ramai paaaaling sopan dalam banyak gambar-gambar. heyy kaw bayangkan laaa, kecohh tauuu sebab time sibuk bergambar laa ada yang sibuk nak berak la, nak makan laa. HAHA ;)


setiap kali aku tengok gambar ni, aku mesti terbayang mungkin ginii la kottt rupa esok-esok kalau aku laki bini ada anak 6 orang. feninggggg rasa nak baling-baling okkk dengan sorang tengah menangis nak susu laa, sorang tengah buat peace dekat belakang laa. tu belum masuk part bapak mintak susu. muahaha. (x___x) heyyy shawl yang belit-belit ni pon rasa nak tertanggal semua dah tauuuu. HAHHAHAHA.


tapi dalam banyak-banyak gambar, aku rasa gambar ni muka syafiq paaling stress. sebabb, empat kali raya, empat kali belum balik modal bab duit raya. kehkehkeh. siapppp aaa korang nantiiii siapppppp. ;p dedikkk kannnn amek gambar sondol-sondol giniiii. mihmihmih. :p standard laaaaa korangg, sebulan babeee berpantang siang hariii ingat senang keee? ;p muahahaha. dah bolehhhhhhh line clear kaw hadapp je laaaaaa. kohkohkoh. haaa nampak takk cerita tersimpang jauh lagi. heyyy tak nak sambung dahh bahayaa. kbai. HAHHAHAHHAA ;P


kerja kosong, anyone?

$
0
0

kadang kalau aku stresssss, semua jenis permainan aku sebat. :) aku jarangggg stress sebenarnya tapiiiii haaaaa siappp. kalau sekali aku stressss, konpem korang boleh tertukar ni nadia ke gorila. muahahaha :p korangggg, nak mintak tolong bolehhhhh? (-___-') kalauuuu laaaa ada sedara mara ke, sahabat jiran tetangga korang kee yang sedang mencari kerja, suruh dia roger aku boleh? i is sedang mencari pekerja. tak kesah umur berapa janji betul-betul nak cari kerja. bukan stok hari ni kerja esok sorryyy kakk tak dapat datang boyfriend saya masuk hospital. T___T tak kesah dah pernah ada pengalaman kerja ke belum janji bersungguh-sungguh nak kerja. kalau takde pengalaman xpe, boleh belajarrrr. :) untuk adik-adik lepasan SPM pon bolehhhhh apply takde masalah. 

so far aku takde syarat wajib melainkannnnn, dua benda korang perlu tahu sebelum korang call aku kottt la kan ada sape-sape berminat. aku memerlukan pekerja yang boleh bekerja di area Taman Seri Nanding, Hulu Langat dan bekerja di sebuah laundry. :) boleh agak kannnnnn kerja dekat laundry macam manaaaa. :) alaaa macam kerja suri rumah tangga jewwwwww. :p berminat? meh datang interview mehhh. tapi sila contact aku dulu di 019-7564019 untuk aku bagitau lokasi tepat kedai dekat mana yeee. haaa lagi satuuu, dah nama pon laundryyyy jewww ponnnn kennn. kaw demand gaji beriban riban kalah gaji ceo manager executive memang awal-awal laaaaa aku reject. :p mihmihmihhh. berminat? contact aku ehhhhh. :) thank you korangggg.
Viewing all 273 articles
Browse latest View live